Thursday, November 10, 2016

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit



Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini telah di laksanakan pada 24 April 2016 yang lalu. Program ini adalah atas kerjasama bersama (jv) Perpustakaan Desa Kg Batu Laut.  Kami telah menjemput  semua Tabika KEMAS kawasan Tanjong Sepat antaranya :-
  1. Tabika KEMAS Kg Batu Laut
  2. Tabika KEMAS Kg Kundang
  3. Tabika KEMAS Kg Tanjong Sepat
  4. Tabika KEMAS Kg Orang Asli Tg Sepat
  5. TASKA KEMAS Kg Orang Asli Tg Sepat
  6. Pra Sekolah SK Batu Laut
 Seramai 276 peserta termasuk kanak-kanak dan dewasa telah menjayakan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini. Lokasi yang dipilih adalah di Homestay Pantai Batu Laut. Lokasi ini di pilih kerana homestay ini mempunyai tempat yang luas dan selesa, kemudahan tandas dan mempunyai taman permainan.


Objektif kami memilih taman permainan di Pantai Batu Laut ini adalah kerana ingin menggalakkan murid-murid tabika dan pra sekolah ini tentang kepentingan membaca buku boleh di lakukan di mana-mana kita berada. Lumrah semua tahu bahawa kanak-kanak 10 tahun ke bawah amat menggemari pergi ke taman permainan untuk bermain permainan yang sedia ada seperti buaian, papan gelongsor, jongkang-jongkit dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh galakkan anak-anak ini membawa buku bersama pergi ke taman permainan, sambil bermain sambil membaca buku.

Kami berharap dengan adanya program seperti ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berbeza kepada murid-murid yang terlibat.

Backdrop Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Homestay Pantai Batu Laut

Ketibaan kanak-kanak Tabika KEMAS, sementara menunggu yang lain mereka berlatih silat dahulu bersama Wak Satiman ...
terlalu awal datang, datang main di taman permainan dahulu

ketibaan murid-murid Pra SK Batu Laut, berjalan kaki sahaja dari sekolah sambil di iringi 4 orang guru
bersiap sedia ...
ketibaan murid-murid TASKA JHEOA pula

kaunter pendaftaran untuk ibu bapa yang hadir

menjawab segala pertanyaan daripada ibu bapa

Murid-murid sedang berebut-rebut untuk mencari buku kesukaan mereka.

Sedang membaca buku kegemaran mereka di salah sebuah tempat di taman permainan tersebut

Sempat lagi pose yaaa ....

Sambil main buaian sambil baca buku, ok kan? jom amalkan ....

Cikgu Siti Hajar yang banyak membantu

Sambil main gelongsor pon boleh baca buku jugak tau, heeee

Pn Noor Hasmayani turut membantu menjayakan program ini

Kusyuknya adik-adik ni baca buku bersama kawan-kawan ...


Jom kita tukar buku lain pulak ... kalau nak tahu di Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu banyak lagi buku-buku yang best heeee ....

Main jongkang-jongkit pon boleh baca buku, jom kita cuba sama-sama heee





Adik-adik dari TASKA JHEOA Tg Sepat

Jom Baca dari kanak-kanak Tabika KEMAS


Ibubapa yang hadir turut sama menjayakan program ini



Selepas Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit kami juga turut menyediakan beberapa aktiviti kraf untuk mereka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kad Kolaj Berbentuk Love, Kolaj Bunga dan Kraf Siput


























Alhamdulillah selesai semuanya, kami makan dulu ... heeee

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru Tabika  dan TASKA KEMAS iaitu :-
  1. Tabika KEMAS Kg Batu Laut - Cikgu Maizatul Akmal
  2. Tabika KEMAS Kg Kundang - Cikgu Fazilah
  3. Tabika KEMAS Kg Tanjong Sepat - Cikgu Fauziah
  4. Tabika KEMAS Kg Orang Asli Tg Sepat - Cikgu Zuraida
  5. TASKA KEMAS Kg Orang Asli Tg Sepat - Cikgu Ismarina
dan ribuan terima kasih kepada Cikgu Siti Hajar juga Cikgu Fatin dari Pra Sek Sk Batu Laut kerana sudi memberi kerjasama yang baik kepada kami. Ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat iaitu Cik Norarzian dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang selaku jurukamera dan Pn Noor Hasmayani Ali selaku Penyelia bagi PD Zon 3 Selangor ....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu