Thursday, April 18, 2013

Kraf Lampu Gantung

Pada 18 April 2013, kami berkesempatan mengadakan aktiviti kraf yang di beri nama Kraf Lampu Gantung.  Mudah saja nak buat kraf ni, anda harus cetak template seperti di gambar di bawah. Kemudian, gunting, gam dan ikat guna benang. Ambil dawai bunga, buat bulatan dan gantung di situ. Apabila sudah siap gantung lampu-lampu tersebut anda harus hias permukaan dawai tersebut mengikut kreativiti sendiri. Kami hanya gunting kertas warna dan balut dawai tersebut supaya nampak lebih menarik.

Aktiviti ini di sertai seramai 6 orang kanak-kanak.








Inilah hasilnya, kami gantung kraf ini di pintu masuk ke bilik ICT....




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Monday, April 8, 2013

Origami Burung

Berasal daripada perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga menjadi bentuk-bentuk yang kita inginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. Memang dengan hanya sehelai kertas kita boleh membuat pelbagai bentuk seperti burung, gajah, rama-rama, bunga-bungaan dan sebagainya.

Oleh itu, pada 26 Mac 2013 seramai 7 peserta telah berjaya membuat origami berbentuk burung.









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Alphabet Paper Blocks

As salam semuanya moga ceria-ceria dan sihat selalu ye, kali ini aktiviti yang kami laksanakan adalah 'Alphabet Paper Blocks'. Teramat mudah dan cepat, anda boleh print Cube Template ini. Sebenarnya ada pelbagai corak anda boleh lakukan mengikut kreativiti sendiri sebagai contoh adalah anda boleh buat bentuk dadu, nombor dan sebagainya.

Pada 26 Mac 2013, seramai 9 peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah berjaya melaksanakan aktiviti ini.






Aktiviti ini cukup mudah dan cepat.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Sangkar Burung

Assalamualaikum kepada mereka yang sudi menjenguk blog ini, kami amat berbesar hati dan menghargainya. Cuti sekolah adalah hari yang sungguh sibuk bagi kami melaksanakan aktiviti di dalam perpustakaan. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai syarat memenuhi SKT (Sasaran Kerja Tahunan) kami , tetapi lebih daripada itu. Dengan adanya aktiviti yang diadakan di perpustakaan, ianya bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang para pengunjung tetapi juga dapat menimba pengalaman dan pengetahuan yang sungguh berharga. Sebenarnya aktiviti yang kami laksanakan ini, bukanlah dari pengetahuan kami sendiri kami juga belajar dan mengajar. Banyak sumber yang boleh di perolehi seperti internet, youtube, buku-buku yang ada di perpustakaan malah majalah yang telah dibekalkan seperti Majalah Kuntum, Asuh, Dewan Pelajar, Upin dan Ipin dan sebagainya... Yang penting adalah bagi kami 'Dimana ada kemahuan di situ ada jalan'...

Sebenarnya, hanya dengan menggunakan sehelai kertas, beribu kreativiti boleh dihasilkan contohnya adalah aktiviti kali ini iaitu Kraf Sangkar Burung yang sungguh comel ini. Mudah sahaja untuk hasilkannya, saya rasa bila anda semua melihat hasil yang telah dipaparkan anda juga dapat melakukannya. Pada 23 Mac 2013, seramai  7 peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah berjaya menghasilkan kraf sangkar burung dengan begitu cantik dan mudah sekali ..











Inilah hasilnya ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kraf Egg Basket


Pada 23hb Mac 2013 , seramai tujuh (7) peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah berjaya melekasanakan aktiviti berbentuk kraf yang di namakan Egg Basket. Mudah sahaja untuk melakukannya, anda boleh cetak dari Template Egg Basket ... Selamat Mencuba !!!







Inilah hasilnya ... anda boleh ubahsuai mengikut kreativiti sendiri ...


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Sudoku

Sudoku adalah sejenis permainan yang berdasarkan kepada logik.Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan sesuatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu (1) sel grid 9x9 dengan subgrid 3x3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesuatu sel yang lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suautu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. Permainan ini memerlukan ketelitian dan sikap sabar. Berikut saya sertakan contoh sudoku untuk rujukan anda.
Oleh itu, pada 20 Mac 2013 seramai 5 orang peserta remaja telah menyertai aktiviti permainan sudoku ini. Saya akan kerap mengadakan aktiviti seperti ini supaya mereka akan mempunyai sikap sabar dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Kita juga akan berpuas hati sekiranya kita berjaya menyelesaikan sudoku ini. Cubalah !!






❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Sunday, April 7, 2013

Kraf Layang-Layang

Pada 15hb Mac 2013 pihak perpustakaan telah menganjurkan sebuah aktiviti yang diberi nama Kraf Layang-Layang. Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah menyertainya. Kraf ini memang sungguh comel sekali dan sesuai dilakukan oleh kanak-kanak, mesti mereka akan gembira untuk membuatnya. Melakukannya juga sungguh mudah sekali, anda hanya perlu kreatif dalam melakar corak apa yang ingin diletakkan ke atas layang-layang tersebut.








Inilah hasilnya, mereka membuat corak wajah manusia ke atas layang-layang mereka, ada wajah ceria, selamba dan juga wajah menangis ... heeee, kreatifkan ...?



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, April 3, 2013

Kraf Ladybird

Kraf Ladybird yang comel dan cute ini telah dilaksanakan pada 15hb Februari 2013 dan telah disertai oleh seramai 6 orang peserta termasuk remaja dan kanak-kanak










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu