Saturday, July 8, 2017

ROSLY DHOBY Merdeka Dengan Darah


Buku ini mengisahkan tentang seorang wira yang bernama Rosli Bin Dhoby yang berasal dari Sibu,                           Sarawak. Buku ini ditulis oleh Dr. Jeniri Amir yang merupakan pengkaji sejarah, kisah Rosli Dhoby ini telah menarik perhatian beliau bagaimana nama tersebut begitu di sanjung tinggi oleh penduduk Sarawak suatu ketika dahulu sehingga kini. Buku ini mengandungi 272 muka surat yang mengandungi kesemua kisah Rosli Dhoby dari saat kisah penulis pergi ke London,Singapura, Kuching, Sibu dan Kuala Lumpur untuk mengkaji kisah Rosli Dhoby ini.

Pemudia berusia 17 tahun ini telah di tuduh membunuh Gabenor Sarawak yang baru di lantik ketika itu iaitu Sir Duncon Steward. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Rakyat Sibu yang mempunyai perwatakan menarik, berpendidikan dan di senangi oleh semua rakan-rakannya termasuk Bujang Suntong. Bujang Suntong merupakan ahli Rukun Tiga Belas iaitu persatuan yang ketika itu menentang British dan menginginkan Sarawak di bebaskan daripada penjajah British. Ketika waktu itu mengikut undang-undang British rakyat yang berusia 18 tahun ke bawah tidak akan di hukum gantung sekiranya mereka melakukan apa-apa kesalahan. Oleh itu Bujang Suntong dan Awang Rambli serta rakan-rakan yang lain berpendapat Rosli Dhoby adalah orang yang paling sesuai untuk membunuh Gabenor Sarawak tersebut kerana usianya yang baru 17 tahun.

Pada mulanya, Rosli Dhoby tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan ianya perlu diperhalusi lagi. Tetapi dengan pujukan rayu       Awang Rambli yang mendesak Rosli Dhoby untuk melakukan perkara tersebut memandangkan tiada cara lain untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negeri Sarawak kerana pelbagai usahakan telah di lakukan oleh mereka. Selain itu, dengan jaminan Awang Rambli bahawa Rosli tidak akan di jatuhkan hukuman berat, maka Rosli Dhoby telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pada 3hb Disember 1949, ketika Gabenor Sarawak ketika itu iaitu Sir Duncan Steward datang melawat Sibu, Rosli Dhoby dan rakannya ia iaitu Morshidi telah menikam Gabenor tersebut dengan menggunakan Badik yang telah diletakkan racun. Selepas kejadian tersebut,        Rosli dan rakannya telah ditangkap polis untuk siasatan manakala Gabenor telah cedera parah. Tetapi, selepas 1 minggu Sir Duncan Steward telah meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura sewaktu proses pemindahan darah.

Rosli Dhoby dan Morshidi telah di tahan bersama-sama ahli yang Rukun Tiga Belas yang lain termasuk Awang Rambli dan Bujang Sintok. Memandangkan usia Rosli yang baru berusia 17 tahun beberapa pegawai polis telah menyerbu rumah Rosli untuk mencari Surat Beranaknya. Pihak Polis telah memperdaya keluarga Rosli kononnya Surat Beranak itu di gunakan untuk membebaskan Rosli, tetapi pihak British telah menukar tahun pada Surat Beranak tersebut menjadikan usia Rosli ketika itu 18 tahun dan layak untuk di hukum gantung.

Akhirnya pada 23 Mac 1950 Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Sintok telah di hukum gantung di Penjara Kuching Sarawak. Manakala rakan-rakan Rukun Tiga Belas yang lain hanya dipenjarakan. Selepas 46 tahun kematian pahlawan-pahlawan  tersebut dan juga selepas kemerdekaan Sarawak, keluarga masing-masing meminta kerajaan mengalihkan kubur mereka ke Sibu  Sarawak di mana iti adalah tempat tinggal mereka. Semasa proses pemindahan kubur Rosli Dhoby mereka tercium bau yang harum di   dalam kubur tersebut. Proses pemindahan jenazah dari Penjara Kuching ke kampong halaman mereka adalah mengikut protokol    ketentaraan dan keranda mereka juga di balut dengan bendera negeri Sarawak mengikut permintaan Rosli Dhoby di dalam surat terakhirnya yang telah dikirimkan kepada ahli keluarganya sebelum di hukum gantung.




Pada pendapat saya, buku ini wajib di baca oleh semua golongan kerana ianya akan memberi kesan yang mendalam mengenai perjuangan, sikap keperibadian Rosli Dhoby yang amat baik dan sebagainya. Semoga iainya akan menjadi ikhtibar buat kita semua.




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, July 5, 2017

Program Jom Ngaji dan Tazkirah Ramadhan Bersama YB Mohd Haslin Bin Hassan

Program Jom Ngaji dan Tazkirah Ramadhan Bersama YB Mohd Haslin Bin Hassan ini telah dilaksanakan pada 19hb Julai 2017 sempena Hari #Quranhour yang telah dilaksanakan 1 Malaysia. Untuk program kali ini kami bersama AJK PD Kg Ladang Batu telah bercadang untuk menjemput YB Mohd Haslin Bin Hassan selaku ADUN Tg Sepat untuk merasmikan program ini.

Tujuan kami menjemput YB adalah kerana YB telah banyak memberi sumbangan kepada PD Kg Ladang Batu, antaranya : sumbangan RM1,000.00 sempena Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur, Penghawa Dingin , sumbangan wang RM300.00 untuk Program Jom Baca pada tahun 2016 serta sumbangan wang RM500.00 untuk Program Jom Ngaji ini.

Seramai 60 peserta telah menyertai program ini termasuk kategori dewasa, remaja dan kanak-kanak. Antara pengisian Program Jom Ngaji dan Tazkirah Ramadhan adalah membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Ringkas serta Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh YB Mohd Haslin Bin Hassan.

 Di antara peserta wanita yang hadir
  Di antara peserta kanak-kanak yang hadir
 Ketibaan YB Mohd Haslin Bin Hassan

 Sedikit taklimat ringkas mengenai program yang akan dijalankan dan promosi perpustakaan


 Bacaan Surah Yassin sedang dijalankan


 Bacaan doa 
 Tazkirah Ramadhan oleh YB




Bergambar bersama YB Haslin dan juga Nor Arzian 

Alhamdulillah selesai sudah Program Jom Ngaji dan Tazkirah Ramadhan Bersama YB Mohd Haslin Bin Hassan. Terima kasih YB kerana sudi merasmikan program ini. 


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu