Sunday, October 23, 2011

:: Aktiviti Membuat Quilling Card ::

Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 12.00 tgh - 1.30 ptg
Aktiviti : Aktiviti Membuat Quilling Card
Peralatan :
- Kertas Warna Size A4
- Lidi Buluh
- Gam

Penyertaan : 14 penyertaan
- 5 Orang Remaja
- 9 Orang Kanak-kanak

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat saya untuk membuat aktiviti seperti ini, saya seronok membuat quilling card ini sebab dapat melihat hasil kreativiti mereka, walaupun agak sukar untuk membuatnya tapi alhamdulillah, semua peserta amat berminat untuk melakukannya dan berjaya menghasilka quilling yang cantik dan kreatif






peserta lelaki tekun menggulung kertas untuk di buat bunga







bentuk-bentuk quilling


inilah dia orangnya pemenang no 1








hasil kreativiti semua peserta












❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

:: Aktiviti Membuat Kraf Obor-Obor ::

Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 10.00 Pg - 11.30 Pg
Aktiviti : Membuat Kraf Obor-Obor
Peralatan :
- Mangkuk Polisterin
- Kraf Mata
- Warna Air
- Berus Air
- Kertas A4
- Benang
- Klip Kertas

Penyertaan : 22 Orang Kanak-kanak
Ahli Baru : 1 Orang









sudah siap kena jemur supaya warna jadi kering



bergambar kenangan

hasil kreatif mereka


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

:: Serangan Serangga Di Dlm Perpustakaan # Part 2::

Sekali lagi! ... memang tak boleh tahan kalau macam ni setiap minggu .. Saya terus buat report kepada JKKKK En Awaluddin dan juga Tn Hj Bustamam iaitu Pen Peg Perpustakaan Daerah mengenai semut-semut yang menyerang ini . Perpustakaan terpaksa di tutup pada 17 Okt 2011 kerana kami terpaksa menyembur racun serangga di dalam dan di luar perpustakaan . Apabila Ketua Kampung memeriksa sekeliling perpustakaan barulah dapat cari punca mana datangnya semut-semut yang banyak ini. 1st, berpunca dari dahan kelapa sawit dan dahan pokok nangka di belakang perpustakaan yang terkena bumbung perpustakaan. 2nd , berpunca dari pokok di hadapan perpustakaan, semut-semut itu melalui wayar elektrik dan wayar telefon. Kemudian, Ketua Kampung mengarahkan orang kampung untuk menebang dahan-dahan kelapa sawit dan dahan pokok nangka.


Di hadapan pintu masuk perpustakaan



di rak-rak buku

















semut-semut masuk melalui tingkap

Pn Zalina menyembur ridsect di dinding perpustakaan

Ketua Kampung menyembur racun serangga di luar perpustakaan



Pn Rohaya turut membantu mengemas.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, October 12, 2011

:: Serangan Serangga Di Dlm Perpustakaan ::

Pada 12 Okt 2011, sekali lagi perpustakaan desa Kg Ladang Batu di serang semut yang berwarna hitam . Sepanjang saya bertugas sejak tahun 2009 ini adalah kali kedua perpustakaan kami di serang semut yang berwarna hitam dengan banyak nya ... Kami sedang mencari punca mana datangnya semut-semut ini kerana apabila masuk bertugas semut-semut tersebut sudah mati dan berselerak di atas lantai ...









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu