Sunday, December 25, 2011

Kraf Kreatif : Teddy Tells The Time

Tarikh : 24 Dis 2011
Masa : 10.30pg ~ 12.00 tgh
Aktiviti : Kraf Kreatif : Teddy Tells The Time
Penyertaan : 13 peserta ( RE=2, KK=11)
Ahli Baru : 2 peserta


Lakaran Bentuk Teddy

Buat Bentuk 8 dulu, pastikan huruf 8 tu, atas kecil, bawah besar sedikit

Lukis kaki, tangan dan telinga teddy guna kreativiti sendiri

Warnakan

Tulis no jam menggunakan warna crayon

setiap peserta berasa teruja untuk melakukannya, sebabnya mereka kata ... cutenya teddy ni ... hehehe



buat cantik-cantik tau syamimi ...















tadaaaa!!! cute tak teddy kami .... hehehe
Hasil kreatif setiap peserta
Couple Teddy ... hihihi

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, December 24, 2011

Permainan Tradisional : Rounders a.k.a Kriket

Tarikh : 23 Dis 2011
Masa : 03.00 ptg ~ 05.00 ptg
Aktiviti : Permainan Tradisional : Rounders a.k.a Kriket
Penyertaan : 10 peserta ( RE = 1, KK=9)

Teringat masa zaman saya masih kanak-kanak, saya kerap bermain permainan ini . Kami menggelarnya sebagai permainan rounders, tp corak permainan ini sebenarnya menyerupai permainan kriket. Permainan ini terbahagi kepada 2 kumpulan, dan setiap kumpulan harus sama jumlah pesertanya.










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, December 22, 2011

Sambutan Hari Lahir Farisya & Auni

Pada 22 Disember 2011 yang lalu kami amat berbesar hati apabila Pn Rosnani memberitahu ingin membuat sambutan Hari Lahir kedua-dua anak beliau iaitu Farisya dan Auni di Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu. Sebuah acara yang meriah apabila di mulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid An-Nur Kg Ladang Batu iaitu Tn Hj Subari. Farisya dan Auni merupakan anak kepada Pengerusi JKKKK iaitu En Awalludin bin Sarjuni.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, semoga sambutan seperti ini akan lebih kerap di adakan di perpustakaan ...


Sate memang sinonim dengan Pn Rosnani setiap kali beliau mengadakan jamuan.... terima kasih yer ...

Semua tetamu kena bersila semasa bacaan doa sedang di bacakan..










Acara memotong kek...

Makan time ... pakcik posmen yang kebetulan hantar surat pon di jemput sekali ... langkah kanan .. hehehe



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, December 21, 2011

Puppet Show

Tarikh : 21hb Disember 2011
Masa : 03.00 - 04.00 ptg
Aktiviti : Puppet Show
Peserta : 8 peserta ( RE=1 , KK =7)

Sebuah persembahan spontan yang menarik iaitu yang bertajuk 'Kisah Si Arnab di Dataran Merdeka'. Si Tukang Cerita adalah adikNur Salsabilla .. Memang saya bercadang untuk gilap bakat beliau di dalam persembahan 'Puppet Show'...

Gelagat para penonton ...

Macam-macam yang di ceritakan oleh Salsabilla

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kraf Kreatif : Birthday Hat

Tarikh : 21hb Disember 2011
Masa : 10.00pg - 11.30 pg
Aktiviti : Birthday Hat (Topi Hari Lahir)
Peserta : 15 peserta ( RE=3, KK=12)













❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Monday, December 19, 2011

Aktiviti Santai Bersama Pengunjung

Tarikh : 19hb Disember 2011
Masa : 11.00pg ~ 05.00 ptg
Aktiviti : Aktiviti Santai Bersama Pengunjung (BBQ)
Peserta : 27 peserta ( D=5, R=2, K=20)

Aktiviti Santai Bersama Pengunjung ini iaitu Memasak ala-ala BBQ di pilih kerana telah mendapat permintaan dari ahli perpustakaan itu sendiri. Semua bahan-bahan makanan dan peralatan yang lain adalah sumbangan setiap peserta. Aktiviti ini juga di pilih selain untuk bersantai saya juga berpendapat untuk memberikan sebuah pengalaman bagaimana apabila kita hendak berkelah atau berkhemah kita boleh membuat aktiviti memasak dengan menggunakan kayu api atau arang. Memang mengujakan kerana ia merupakan pengalaman pertama untuk setiap peserta yang masih kanak-kanak lagi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


Tempat memanggang ... ok tak ...? ini semua idea setiap peserta

ah haaa kena rewang dulu, saya tunjukkan cara-cara hendak membasuh ayam dengan betul, nanti di rumah boleh laa adik-adik bantu ibu di dapur yer...

Lemak-lemak tu semua kena buang tau...

Pn Mira sedang membasuh kerang...

Memang riuh semasa adik-adik ni basuh ayam ... ini betul ini tak betul ... hehehe

Kanak-kanak lelaki pon pandai basuh ayam...



Lepas basuh ayam, mereka kena menyediakan rempah untuk memerap ayam pula ...

tekun betul nabilla potong cili... serong-serong tau ...

rajin sungguh mereka ni...

Potong serai tu halus-halus sikit yer billa dgn mia, supaya senang nak kisar



Saya bersama Salsabilla

Saya juga turut memberi tunjuk ajar cara-cara kisar cili hingga halus, siap bagi petua lagi biar biji cili dapat hancur..

Mengadun bahan-bahan ... kalau nak resipi email saya yer ... ramai yang kata sedap... hehehe

Gaul jangan tak gaul ...

Pn Mira sedang menyediakan tempat untuk merebus kerang..

Ramainya yang menunggu...

haaaa dah nak masak pon ... mudah kan...?

peserta lelaki perlu mencari kayu api sebagai tambahan takut arangnya kurang...



Yesss nak jadi bara dah ...

baru nak mula memanggang ....

asap.. asap .. masing-masing tak tahan dengan asap ...







Inilah hasilnya, bersama sebiji kek coklat sempena Hari Jadi Nur Salsabilla





Jamuan Makan....

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu