Saturday, July 31, 2010

:: Membina Ayat & Mewarna ::

Tarikh : 31hb Julai 2010@sabtu
Masa : 11.00Am - 02.00Pm
Aktiviti : Membina Ayat Dialog dan Mewarna
Penyertaan : 5 Orang Ahli Perpustakaan

Objektif :

1) Memberi pendedahan kepada ahli tentang dunia komik
2) Mencipta satu jalan cerita mengikut kreativiti masing-masing


Si cilik turut serta didalam aktiviti ini





Adaptasi dari Majalah Ujang









Peserta Remaja







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

:: Huruf Alphabet ::

Tarikh : 24hb Julai 2010 @ Sabtu
Masa : 10.00Am - 03.00Pm
Aktiviti : Mewarna Huruf Alphabet
Penyertaan : 5 Orang Ahli Perpustakaan













❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

:: Pirate Word Search ::

Tarikh : 24hb Julai 2010@ sabtu
Masa : 10.00Am - 03.00Pm
Aktiviti : Pirate Word Search
Penyertaan : 15 Orang







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

:: Say The Number ::

Tarikh : 24hb Julai 2010 @ sabtu
Masa : 10.00Am - 03.00Pm
Aktiviti : Mewarna 'Say The Number'
Penyertaan : 10 Orang




peserta cilik








Hasil

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, July 28, 2010

:: Bulan Sya'ban dan Kelebihannya ::







Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban. Sabda baginda: "Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani)."

Sebahagian ulama' berpendapat, bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Sya'aban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban."

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dipermudahkan Allah s.w.t ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (Dari kitab Al-Barakah).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya" Sabda baginda lagi: "Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat."

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
DariYahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb*(merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni-p) kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (batu api-p), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.

Dari Abi Salmah, dari Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda berpuasa berterusan dan baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat bagindaberpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulanSyaaban.

Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,“Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu(dulu–p). Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara tetap(konsisten-p).” Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) : "(Hendaklah-p)berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuhadan Solat Witir sebelum tidur”. Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Hadis riwayat An-Nasaie.

Dalam kita memperkatakan mengenai kelebihan bulan Syaaban, terdapat satu malam di bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban'. Adapun malam Nisfu Syaaban ini mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab doa dimakbulkan, malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

Dari Saidina Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ?" sehingga terbit fajar”. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman.

Namun, dalam keghairahan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bidaah, seperti melakukanSembahyang Sunat Nisfu Syaaban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada sabit dalam ajaran Islam.

Dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Hadis-hadis Sahih Al-Bukhari juga tidak menyebut secara khusus berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syari'i, dan merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan suatu amalan yang bid’ah.

Cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban oleh kebanyakan umat Islam adalah dengan membaca SurahYaasin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaasin, mereka membaca doa. Pada bacaan Surah Yaasin pertama diniatkan dengan memohon dipanjangkan umur untuk kebaikan dunia dan akhirat; pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan penyakit; dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon dari Allah agar dilimpahi rezeki yang halal.

Ringkasnya, terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada bulan Sya'aban yang diberikan Allah s.w.t kepada hambaNya. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Marilah kita memperbanyakkan amalan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Latihan amalan bersolat malam dan berpuasa sunat di bulan Sya'aban amat baik sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba selepas ini. Biasakan diri kita dan didiklah anak-anak kita agar mengisi kekosongan rohani dengan amalan-amalan solih, bermula dari perkara yang mudah seperti solat sunat dan puasa sunat. Meskipun agak 'liat' di awal amali, namun kesudahannya akan dipenuhi dengan keberkatan, kepuasan dan kesyukuran bagi jiwa yang beriman.Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t.. InsyaAllah...

Didiklah diri dan keluarga kita menuju jalan Allah. Kalau bukan kita, siapa lagi... dan kalau bukan sekarang... bila lagi..???

sumber rujukan :-
1. Ustaz Halim Abdullah
2. Kitab Sahih Al-Bukhari
3. Kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh
4. Kitab Al-Barakah
5. Kitab Zubdatul Waizzin

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, July 27, 2010

:: 'Untuk Manjaku' ::

Tarikh : 01hb Julai 2010 @ khamis
Tempat : Kompleks PKNS Shah Alam
Penyertaan : Seluruh Perpustakaan Daerah dan Negeri Selangor

Pada 1 Julai yang lalu PPAS telah mengadakan persembahan 'Untuk Manjaku' yang ditujukan khas untuk menghiburkan kanak-kanak Tadika dan Taska dari Negeri Selangor. Persembahan tersebut beserta pertandingan adalah dari kakitangan dan warga PPAS sendiri yang meliputi seluruh Perpustakaan Daerah di Negeri Selangor.

Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah lakonan, muzikal , origami dan sebagainya ... tidak ketinggalan kami (Sannyza Abd Rahim) turut serta didalam pertandingan tersebut bersama kakitangan daerah Kuala Langat.

Didalam pertandingan tersebut kami mendapat hadiah saguhati ....



Penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pengarah PPAS Pn Mastura Hj Muhamad diiringi Pn Suzliana Abd Hamid selaku Ketua Seksyen Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan

Para pengadil

Zhariff (PD PNM Sg Kelambu), Sannyza (PD PNM Kg Ladang Batu) dan Pn Siti Yusrina (Pen Peg Perpustakaan Daerah Banting)











❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu