Monday, November 19, 2012

✿ Kraf Botol Serbaguna dan Kraf Bunga Lilin

Pada 19hb November 2012, pihak perpustakaan telah menganjurkan aktiviti dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol minuman. Dengan sebiji botol dapat menghasilkan dua (2) buah aktiviti iaitu Kraf Botol Serbaguna dan Kraf Bunga Lilin. Aktiviti ini telah disertai seramai 22 orang peserta termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Bahan-bahan yang diperlukan hanya :-
Botol Minuman - 1 biji
Gunting
Lilin - 1 batang
Warna Air (jenama Buncho)

 Pertama : Anda harus potong botol itu kepada dua (2) bahagian
Kedua : Ambil bahagian bawah botol minuman tersebut, kemudian gunting kecil-kecil seperti gambar diatas




Ketiga : Lipat bahagian yang sudah digunting kecil-kecil tu secara menyerong
Inilah hasilnya, anda boleh membuat seperti pasu hiasan diatas meja sebagai contoh letak daun keladi yang berisi air.
 Keempat : Ambil bahagian atas botol tersebut, anda gunting kepada lima (5) atau enam (6) bahagian menjadi seperti kelopak bunga.

Kelima : Apabila sudah gunting, buka kelopak bunga tersebut hingga menjadi lengkung



Keenam : Warnakan kelopak bunga tersebut mengikut warna kegemaran anda.

Ketujuh : Ambil bahagian bawah botol , isikan pasir atau batu bata , letak kelopak bunga yang sudah diwarnakan dan juga lilin





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu