Wednesday, November 14, 2012

✿ Bacaan Yassin dan Tazkirah Sempena Awal Muharam

 Sempena Awal Muharam pada 14hb November 2012 kami telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yassin dan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rokiah dari KEMAS. Seramai 37 orang yang menyertai bacaan yassin ini termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan kami mendapat sedikit ilmu yang berguna yang telah disampaikan oleh Ustazah Rokiah.

Kami juga ada menyediakan sedikit jamuan untuk para tetamu, dan kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil Surau An-Nur Kg Ladang Batu kerana sudi menyumbangkan wang saguhati kepada Ustazah Rokiah.










 


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu