Thursday, July 26, 2018

Mesyuarat Bersama Ketua Bahagian Unit Rangkaian PPAS

Pada 26 Jun 2018 satu mesyuarat bersama Ketua Bahagian Unit Rangkaian PPAS iaitu En Zahir Bin Yahya dan Pn Norafidah telah diadakan di Perpustakaan Daerah Kuala Langat. Mesyuarat tersebut adalah gabungan 3 zon iaitu Zon Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat.

Semua kakitangan daerah, desa dan desa PNM turut dijemput. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah mengenai statistik , kerosakan bangunan dan sebagainya. Selesai mesyuarat tersebut turut diadakan Jamuan Hari Raya.

Mesyuarat sedang dijalankan
Kakitangan yang hadir

Menu Hari Raya yang pelbagai ...
Masing-masing bawak pot luck, semua sedap-sedap belaka

Biskut raya dan desert
Bergambar bersama semua kakitangan yang hadir


Bergambar bersama petugas PNM Zon 3 dan Zon 4
Haffiz bersama En Ahmad iaitu kakitangan Perpustakaan Daerah Kuala Langat
Kami
Bergambar bersama kakitangan desa PNM Zon 4

Alhamdulillah selesai program hari ini, dapat berjumpa dan berkenalan kakitangan yang hadir...


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, July 25, 2018

BULAN KESIHATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kami berbesar hati ingin menjemput semua penduduk Kg. Ladang Batu dan sekitar untuk datang ke perpustakaan menyertai beberapa aktiviti seperti yang dinyatakan di bawah :



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, July 24, 2018

Program Semarak Aidilfitri

Alhamdulillaah selesai sudah melaksanakan program raya iaitu Program Semarak Aidilfitri untuk penduduk Kg. Ladang Batu. Seramai 128 orang telah sudi berkunjung ke program ini dengan ada yang membawa sebalang biskut raya. Terima kasih kami ucapkan ...

Program ini telah dilaksanakan pada 22hb Jun 2018 yang lalu selepas Solat Jumaat iaitu dari jam 02.30 ptg hingga 05.00 ptg. Pertandingan Pakaian Tradisi Hari Raya untuk kategori lelaki dan perempuan turut di adakan untuk memeriahkan program tersebut.

Pn Yani sedang menunggu tetamu kot, heee
Kunjungan daripada kakitangan PD Kg Batu Laut dan Morib
Tetamu yang hadir bersantai makan di laman PD

Seronok Pn Nani ye, apa entah yang disembangkan, hehe
Antara hidangan yang disediakan
Biskut raya dan kuih muih daripada AJK dan pengunjung

Saya bersama anak, kak Samilah, Khusairi dan Nani
Kanak-kanak turut serta

Wak Saring, Kak Am dan Kak Nor
Jemputlah apa yang ada ye hehe






Suasana didalam PD






Pemenang nombor 2 Mohd Aminudin
Pemenang nombor 1, Auni Faqihah

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang , kepada pemberi sumbangan makanan iaitu:

Pn Rosnani - Nasi Himpit dan Kuah Kacang
Cik Nor Arzian - Dadih

InshaAllah tahun depan kita buat lagi ye ..


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, July 5, 2018

Persiapan Program Semarak Aidilfitri

Pada 22 Jun 2018 kami telah merancang untuk mengadakan Program Semarak Aidilfitri di PD Kg Ladang Batu. Satu mesyuarat kecil bersama AJK PD telah diadakan pada 08.06.2018. Kami memutuskan untuk mengadakan program tersebut dengan ingin mohon sumbangan seperti :
Nasi Himpit + Kuah Kacang : JKKK
Rendang Ayam + Bihun Sup : Duit PD
Pot Luck : AJK

kami juga ingin memohon sumbangan sebalang biskut / jajan / asam / kerepek kepada pengunjung perpustakaan

Didalam mesyuarat tersebut juga kami mohon kepada AJK supaya dapat bantu kami dalam membuat persiapan program tersebut.


 gotong-royong menganyam ketupat
 gotong-royong membersihkan laman perpustakaan dan memasang pelita panjut
 gotong-royong membuat backdrop
 Iklan jemputan ke program tersebut

 bergambar berlatar belakangkan backdrop yang kami telah setuju dan buat bersama-sama hasil copy paste di google dan diolah sedikit, heeee
 asyik backdrop rumah je kan, tahun ni kita try buat ketupat gergasi pulak ... jenuh menganyam!
persiapan di awal program ...

Alhamdulillah, selesai mengemas dan deko ... moga ramai lah pengunjung yang datang, kalau tak macam mana nak capai target statistik pengunjung ni nanti, heee



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu