Tuesday, July 24, 2018

Program Semarak Aidilfitri

Alhamdulillaah selesai sudah melaksanakan program raya iaitu Program Semarak Aidilfitri untuk penduduk Kg. Ladang Batu. Seramai 128 orang telah sudi berkunjung ke program ini dengan ada yang membawa sebalang biskut raya. Terima kasih kami ucapkan ...

Program ini telah dilaksanakan pada 22hb Jun 2018 yang lalu selepas Solat Jumaat iaitu dari jam 02.30 ptg hingga 05.00 ptg. Pertandingan Pakaian Tradisi Hari Raya untuk kategori lelaki dan perempuan turut di adakan untuk memeriahkan program tersebut.

Pn Yani sedang menunggu tetamu kot, heee
Kunjungan daripada kakitangan PD Kg Batu Laut dan Morib
Tetamu yang hadir bersantai makan di laman PD

Seronok Pn Nani ye, apa entah yang disembangkan, hehe
Antara hidangan yang disediakan
Biskut raya dan kuih muih daripada AJK dan pengunjung

Saya bersama anak, kak Samilah, Khusairi dan Nani
Kanak-kanak turut serta

Wak Saring, Kak Am dan Kak Nor
Jemputlah apa yang ada ye hehe






Suasana didalam PD






Pemenang nombor 2 Mohd Aminudin
Pemenang nombor 1, Auni Faqihah

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang , kepada pemberi sumbangan makanan iaitu:

Pn Rosnani - Nasi Himpit dan Kuah Kacang
Cik Nor Arzian - Dadih

InshaAllah tahun depan kita buat lagi ye ..


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu