Thursday, November 24, 2011

Kraf Kreatif : Tudung Saji Berhias

Tarikh : 24hb Nov 2011
Masa : 2.30 ptg
Aktiviti : Kraf Kreatif : Tudung Saji Berhias
Penyertaan : 8 peserta ( 4 Dewasa, 1 Remaja, 3 K-kanak)

Tujuan saya menganjurkan aktiviti Tudung Saji Berhias ini adalah untuk para ibu bagi membuka ruang dan peluang supaya mereka dapat menjadi usahawan, kerana Tudung Saji Berhias ini boleh dijual , selain daripada cantik kerana di hias dengan reben tetapi saya lihat tudung saji berhias ini amat berguna bagi melindungi lalat kerana setiap ruang tudung saji di tutup dengan menggunakan reben. Saya melihat tudung saji berhias ini amat fleksibel dan perlu ada didalam setiap rumah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar iaitu Pn Rashidah Binti Bustamam kerana sudi mengajar dan memberikan ilmu kemahiran kepada para peserta.


Ini caranya... Pn Shidah menunjukkan cara untuk mengukur reben

Safura pun nak ikut serta ...







Pn Naza turut serta ...

peserta kanak-kanak, Emylia dan Liyana

saya pon nak join juga ... sudah berangan nak buat yang besar pulak ...

Rupanya agak jenuh juga untuk menyiapkan, walaupon mudah tapi rumit untuk yang pertama kali mencubanya ... Aktiviti ini tidak dapat disiapkan pada hari ini, menurut Pn Shidah beliau yang sudah biasa buatpun perlu mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan sebuah tudung saji yang kecil. Kami mengambil keputusan untuk menyiapkan di rumah, dan akan bersambung pada 26hb November nanti ... Tunggguu...


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu