Showing posts with label Sambutan Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Hari Lahir. Show all posts

Friday, December 7, 2012

✿ Sambutan Hari Lahir Adik Amirul Syafiq

Sehari sebelum sambutan hari lahir adik Amirul Syafiq ini, ayahnya telah beberapa kali menghubungi saya memohon persetujuan untuk membuat 'surprise' kepada anak beliau dengan mengadakan sambutan hari lahir di perpustakaan ini. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.. Alhamdulillah segala perancangan telah diatur dengan lancar.

Oleh itu, pada 07 Dis 2012 kami telah mengadakan sambutan hari lahir untuk adik Amirul Syafiq dengan dihadiri seramai 38 orang yang terdiri daripada sanak saudara dan rakan-rakan kampung.










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, December 22, 2011

Sambutan Hari Lahir Farisya & Auni

Pada 22 Disember 2011 yang lalu kami amat berbesar hati apabila Pn Rosnani memberitahu ingin membuat sambutan Hari Lahir kedua-dua anak beliau iaitu Farisya dan Auni di Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu. Sebuah acara yang meriah apabila di mulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid An-Nur Kg Ladang Batu iaitu Tn Hj Subari. Farisya dan Auni merupakan anak kepada Pengerusi JKKKK iaitu En Awalludin bin Sarjuni.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, semoga sambutan seperti ini akan lebih kerap di adakan di perpustakaan ...


Sate memang sinonim dengan Pn Rosnani setiap kali beliau mengadakan jamuan.... terima kasih yer ...

Semua tetamu kena bersila semasa bacaan doa sedang di bacakan..










Acara memotong kek...

Makan time ... pakcik posmen yang kebetulan hantar surat pon di jemput sekali ... langkah kanan .. hehehe



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Monday, December 19, 2011

Aktiviti Santai Bersama Pengunjung

Tarikh : 19hb Disember 2011
Masa : 11.00pg ~ 05.00 ptg
Aktiviti : Aktiviti Santai Bersama Pengunjung (BBQ)
Peserta : 27 peserta ( D=5, R=2, K=20)

Aktiviti Santai Bersama Pengunjung ini iaitu Memasak ala-ala BBQ di pilih kerana telah mendapat permintaan dari ahli perpustakaan itu sendiri. Semua bahan-bahan makanan dan peralatan yang lain adalah sumbangan setiap peserta. Aktiviti ini juga di pilih selain untuk bersantai saya juga berpendapat untuk memberikan sebuah pengalaman bagaimana apabila kita hendak berkelah atau berkhemah kita boleh membuat aktiviti memasak dengan menggunakan kayu api atau arang. Memang mengujakan kerana ia merupakan pengalaman pertama untuk setiap peserta yang masih kanak-kanak lagi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


Tempat memanggang ... ok tak ...? ini semua idea setiap peserta

ah haaa kena rewang dulu, saya tunjukkan cara-cara hendak membasuh ayam dengan betul, nanti di rumah boleh laa adik-adik bantu ibu di dapur yer...

Lemak-lemak tu semua kena buang tau...

Pn Mira sedang membasuh kerang...

Memang riuh semasa adik-adik ni basuh ayam ... ini betul ini tak betul ... hehehe

Kanak-kanak lelaki pon pandai basuh ayam...



Lepas basuh ayam, mereka kena menyediakan rempah untuk memerap ayam pula ...

tekun betul nabilla potong cili... serong-serong tau ...

rajin sungguh mereka ni...

Potong serai tu halus-halus sikit yer billa dgn mia, supaya senang nak kisar



Saya bersama Salsabilla

Saya juga turut memberi tunjuk ajar cara-cara kisar cili hingga halus, siap bagi petua lagi biar biji cili dapat hancur..

Mengadun bahan-bahan ... kalau nak resipi email saya yer ... ramai yang kata sedap... hehehe

Gaul jangan tak gaul ...

Pn Mira sedang menyediakan tempat untuk merebus kerang..

Ramainya yang menunggu...

haaaa dah nak masak pon ... mudah kan...?

peserta lelaki perlu mencari kayu api sebagai tambahan takut arangnya kurang...



Yesss nak jadi bara dah ...

baru nak mula memanggang ....

asap.. asap .. masing-masing tak tahan dengan asap ...







Inilah hasilnya, bersama sebiji kek coklat sempena Hari Jadi Nur Salsabilla





Jamuan Makan....

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, December 2, 2011

My 30th Day

Pada 2 Disember 2011 yg lalu merupakan hari lahir saya yang ke -30 tahun ... Saya berhajat untuk meraikannya di Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu . Saje saje ingin meraikan bersama para pengunjung yang selalu memberikan sokongan terhadap perpustakaan ini . Walaupun di raikan secara kecil-kecilan namun saya rasakan ia sungguh bermakna ... terima kasih kepada semua yang sudi meraikan.


Seutas jam tangan hadiah dari suami tersayang ....

antara menu yang dihidangkan ... simple ajer ...



Mango Cake ....

Suami saye turut meraikan di perpustakaan ...

Lyana sibuk menghias perpustakaan dengan belon ...

Emylia tidak turut ketinggalan ...

Lilin 3 btg yg mewakili umur saya ...



Tadaaaa.... hihihi macam kelakar je gambar ni ...


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu