Monday, December 19, 2011

Aktiviti Santai Bersama Pengunjung

Tarikh : 19hb Disember 2011
Masa : 11.00pg ~ 05.00 ptg
Aktiviti : Aktiviti Santai Bersama Pengunjung (BBQ)
Peserta : 27 peserta ( D=5, R=2, K=20)

Aktiviti Santai Bersama Pengunjung ini iaitu Memasak ala-ala BBQ di pilih kerana telah mendapat permintaan dari ahli perpustakaan itu sendiri. Semua bahan-bahan makanan dan peralatan yang lain adalah sumbangan setiap peserta. Aktiviti ini juga di pilih selain untuk bersantai saya juga berpendapat untuk memberikan sebuah pengalaman bagaimana apabila kita hendak berkelah atau berkhemah kita boleh membuat aktiviti memasak dengan menggunakan kayu api atau arang. Memang mengujakan kerana ia merupakan pengalaman pertama untuk setiap peserta yang masih kanak-kanak lagi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.


Tempat memanggang ... ok tak ...? ini semua idea setiap peserta

ah haaa kena rewang dulu, saya tunjukkan cara-cara hendak membasuh ayam dengan betul, nanti di rumah boleh laa adik-adik bantu ibu di dapur yer...

Lemak-lemak tu semua kena buang tau...

Pn Mira sedang membasuh kerang...

Memang riuh semasa adik-adik ni basuh ayam ... ini betul ini tak betul ... hehehe

Kanak-kanak lelaki pon pandai basuh ayam...



Lepas basuh ayam, mereka kena menyediakan rempah untuk memerap ayam pula ...

tekun betul nabilla potong cili... serong-serong tau ...

rajin sungguh mereka ni...

Potong serai tu halus-halus sikit yer billa dgn mia, supaya senang nak kisar



Saya bersama Salsabilla

Saya juga turut memberi tunjuk ajar cara-cara kisar cili hingga halus, siap bagi petua lagi biar biji cili dapat hancur..

Mengadun bahan-bahan ... kalau nak resipi email saya yer ... ramai yang kata sedap... hehehe

Gaul jangan tak gaul ...

Pn Mira sedang menyediakan tempat untuk merebus kerang..

Ramainya yang menunggu...

haaaa dah nak masak pon ... mudah kan...?

peserta lelaki perlu mencari kayu api sebagai tambahan takut arangnya kurang...



Yesss nak jadi bara dah ...

baru nak mula memanggang ....

asap.. asap .. masing-masing tak tahan dengan asap ...







Inilah hasilnya, bersama sebiji kek coklat sempena Hari Jadi Nur Salsabilla





Jamuan Makan....

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu