Wednesday, September 25, 2013

Lagu : Kondangan

Sebenarnya saya terjumpa video ini dengan tajuk "Kondangan" ini adalah dari fb Jeman tsm, pertama kali dengar tau. Tujuan saya berkongsi video ini adalah kerana kawasan Kg Ladang Batu adalah dipelopori oleh masyarakat Jawa. Maksud kondangan adalah 'pergi ke rumah orang kahwin dan untuk makan sahaja sambil menghulurkan duit sumbangan'. Manakala, maksud rewang pula adalah membantu keluarga yang membuat kenduri kahwin seperti memasak, basuh pinggan, menyediakan bahan-bahan masakan serta melayan tetamu yang datang'. Lagu ini betul-betul seperti yang terjadi didalam masyarakat jawa apabila mereka membuat kenduri kahwin.

Jom layannn .....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kenangan SPASM - Kontinjen N9

Sebahagian gambar yang diambil ketika menjadi Liaison Officer untuk Kontinjen Negeri Sembilan .... kenangan yang sukar buat saya dan Pn Yus untuk lupakan ...

 22hb September sewaktu hendak hantar mereka ke venue badminton dan futsal
 Di lobby hotel, berkumpul untuk makan malam
 bersama kak Ziela, Pn Yus (LO) dan Amar
 Majlis perasmian
 Bersama Kontinjen Negeri Sembilan
 Cenderahati dari Pn Pengarah PPANS untuk Pn Yusrina

 Di Muara Ikan Bakar Tg Harapan

 Gambar-gambar bawah ni saya ambil dari fb mereka. tQ sesangat pada team kak Ziela yang sudi menyediakan gift untuk kami ...









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Bahagia Dengan Memberi

Bahagia Dengan Memberi ....

Hayatilah iklan ini dgn sebaik-baiknya ... simple dan mudah di fahami. Walaupon hidup kita susah dan sukar, jika kita ikhlas membantu insan yang lain juga hidup dalam kesusahan, pasti akan dapat balasan yang baik. Yang penting, jika kita hendak membantu atau bersedekah usahlah harapkan sebarang balasan ... Allah s.w.t lebih mengetahui ....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, September 24, 2013

Makan Malam di Muara Ikan Bakar Tg Harapan

Pada malam 21hb September 2013, selesai acara ping pong, bola jaring, bola tampar lelaki dan bowling kami makan malam di Muara Ikan Bakar Tg Harapan. Seronok sangat dapat join mereka walaupun masa pergi sampai tersesat, nasib masih boleh undur kenderaan sebab itu adalah jalan sehala. Alhamdulillah, terima kasih kepada Pengarah Negeri Sembilan dan kontinjen-kontinjen Negeri Sembilan kerana sudi ajak saya dan Pn Yusrina untuk join dan belanja makan sekali. Dengan harapan you all enjoy dengan tempat makan yang kami cadangkan.

Semasa berkumpul di Lobby Hotel Concorde
 Bersama Kak Zila dan Ammar di perkarangan Hotel Concorde
 Mereka yang ceria walaupun saya tahu mereka semua dalam kepenatan..





 Pengarah PANS bersama suami

Paling seronok sewaktu pulang bersama Kak Zila, Kak Zaiton, Abg Iskandar, En Naza dan Ammar didalam kereta, ketawa sahaja .. ada sahaja idea bersama loghat2 nogori buat saya dan Pn Yus tak berhenti ketawa .... kenangan paling best dan susah dilupakan ... :D





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Malam Perasmian SPASM 20 2013

Pada 20hb September 2013 bermula Majlis Perasmian sempena Sukan Perpustakaan Awam Se Malaysia (SPASM) ke 20 di Dataran Shah Alam bermula jam 8.30 malam. Semua kontinjen / atlet yang terlibat dalam acara sukan SPASM 20 turut serta dalam acara perbarisan. Seronok sangat pada malam tersebut kerana pelbagai acara telah berjaya di laksanakan terutama semasa acara perbarisan dan perasmian oleh YB Ahmad Yunus Hairi ADUN Sijangkang.

Tidak lupa juga acara semasa penghujung perasmian iaitu Montaj SPASM 20, Brass Band dari sekolah sekitar Shah Alam (saya dah lupa dr sekolah mana) dan Sky Runner .... memang seronok dan terhibur .

 Saya dan Pn Yusrina Liaison Officer (LO) untuk Kontinjen Negeri Sembilan
Semasa acara perasmian di laksanakan ... dapat ambil gambar dari jauh je ...
 Sky Runner dari team mane, saya dah lupa ... maaf ye
Ini pula Brass Band dari sekolah sekitar Shah Alam ...



Ini pula adalah video/montaj untuk SPASM 20 ... hayatinya ... :D



ps:// saya masih menanti rakan-rakan lain untuk update gambar malam perasmian, sebab tak sempat nak ambil gambar, harap maklum



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, September 14, 2013

Senarai Acara SPASM

Ini adalah acara yang akan dipertandingkan sepanjang SPASM 20 di jalankan. Untuk keterangan lanjut sila KLIK DISINI untuk mengetahui mengenai jadual perlawanan .


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Senarai Nama Kontinjen SPASM 20

Pada 20hb hingga 23hb September 2013, saya telah diberi tugas untuk menjadi Liaison Officer (LO) bersama Pn Siti Yusrina dari PPAS. Apa itu Liaison Officer ...? sebenarnya saya dan rakan-rakan lain yang belum ada pengalaman masih tertanya-tanya apakah jenis tugasan tersebut. Setelah diberi penerangan oleh En Fazli dan En Zahir dari PPAS, barulah kami tahu sebenarnya tugas LO tersebut adalah seperti 'Tour Guide' kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke tempat kita. 

Agak berat juga tugasan yang diberi, kerana sebagai TUAN RUMAH untuk SPASM ini kita harus beri layanan yang sempurna kepada kontinjen-kontinjen tersebut. InshaAllah saya akan cuba yang terbaik bersama rakan-rakan yang lain, semoga sepanjang acara tersebut dapat berjalan dengan lancar.



Senarai Kontinjen & Liaison Officer (LO)

BILKONTINJEN SPASM KE-20LIAISON OFFICER (LO)
1.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Cik Khairun Nisa' Bt Abd Rani 
(019-3108845)
Pn Furzani Bt Samuran 
(019-2565194)
2.
Pustaka Negeri Sarawak
 En Harun B Mohamad 
(019-3428884)
Pn Norshahidah Bt Mohd Zin 
(017-6298954)
3.
Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
En Noor Jasmin B Jumhar (019-3710201)
Pn Noraini Bt Markam (013-6058114)
4.
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor
Pn Mujiah Bt Sayoothi (010-7776220)
En Mohd Nizam B Radzaly 
(016-3645426)
5.
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Pn Siti Yusrina Bt Mohd Jainudin
 (017-6378521)
Pn Saluah Mudagir 
(012-3806535)
6.
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
 Pn Sannyza Bt Abd Rahim (019-3797733)
Pn Norhafiza Kasnon 
(012-3645029)
7.
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
 En Mustamam B M. Jonan (012-3771436)
Pn Aznor Bt Basir (019-3770270)
8.
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
 Pn Sharifah Norashikin Bt Syed Mohd Pisal 
(017-5781807)
 Cik Jamaah Bt Husain (017-3793732)
9.
Perpustakaan Negeri Sabah
 Pn Grace Anak Dingin (013-2796802)
Pn Yusjalila Md Khamis 
(019-6176007)
10.
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
 Cik Nor Azizah Sabihin (012-6375094)
 Pn Norazna bt Zanir (012-2288584)
11.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
 En Ismail B Mohammed Manshor
 (019-3410981)
 Pn Noor Azliza Bt Yusof
 (012-2069731)
12.
Perpustakaan Kuala Lumpur
 En. Raja Nasaruddin B Raja Ariffin 
(019-2330444)
Cik Miskiah Bt Sarbani (012-6323710)
13.
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
 En Hamid B Mohd Kusaini
 (016-2822335)
Pn Norliza Bt Kamaruzaman 
(013-2850984)



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia ke-20

MENGENAI KAMI:

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) merupakan satu kejohanan sukan yang diadakan setiap 2 tahun sekali diadakan bermula sejak 1984 di antara semua Perpustakaan Awam Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Kali terakhir Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini pada tahun 1988. Setelah sekian lama, PPAS telah dipilih untuk menjadi tuan rumah mengikut giliran bagi kejohanan kali ke-20. Tagline SPASM ke-20 ialah "Bersatu Memacu Legasi".
Objektif penganjuran SPASM ke-20 adalah seperti berikut :
  1. Penganjuran sukan ini adalah seiring dengan usaha kerajaan negeri bagi  pembudayaan SPIES terutamanya dikalangan kakitangan awam, yang akan melibatkan aspek spiritual, physical, intellectual, emotional dan social.
  2. Kakitangan PPAS akan memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap acara sukan disamping menjadi contoh dengan menunjukkan keterampilan mulia dan sifat-sifat keihsanan hasil dari pembudayaan SPIES di jabatan.
  3. Menyediakan platform untuk perkongsian ilmu pengetahuan di antara kakitangan perpustakaan dari pelbagai gred dan bidang kerja, dari semua perpustakaan awam di Malaysia.
  4. Mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan perpustakaan awam negeri-negeri bagi memupuk semangat kekitaan dalam kerjasama memajukan institusi maklumat dan perpustakaan di Malaysia melalui kesukanan

Tarikh, Lokasi dan Penyertaan :
Tarikh : 20-23 September 2013 (Jumaat – Isnin)
Masa : Sila Rujuk Jadual Perlawanan Di Sini
Lokasi Majlis Perasmian : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Majlis Penutup : Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam
Penyertaan :  13 Kontinjen dari perpustakaan awam seluruh Malaysia
Jumlah Atlit seramai 718 orang

Sesuai dengan konsep PPAS yang mengamalkan “Healthy Body, Healthy Mind”, penganjuran Seminar dan Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia Kali Ke-20 ini adalah ibarat peluang untuk mempraktikkan slogan tersebut pada skala yang lebih besar. Apatah lagi kali terakhir PPAS menjadi tuan rumah bagi program ini ialah pada tahun 1988.
"BERSATU MEMACU LEGASI"




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, September 4, 2013

Ruangan Petua

MENGHALAU LALAT

Kehadiran lalat memang tidak menyenangkan apatah lagi pada musim perayaan. Untuk mengusir mahkluk kecil ini, petua berikut boleh diguna pakai. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan kedalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan terdedah di ruang yang terdapat banyak lalat. Langkah ini akan menyebabkan lalat-lalat yang berterbangan ini keluar dengan sendirinya dari ruang tersebut. Selain itu, anda juga boleh mengambil secekak daun kari dan kibaskan pada lalat yang berada di meja makan. Letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Pastinya lalat akan lari berterbangan.

MENGHILANGKAN KURAP

Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan  dengan sedikit kapur sirih. Kemudian, sapukan pada bahagian kulit yang terkena kurap.Biarkan seketika sehingga kering sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari.

MEMUTIHKAN WAJAH DENGAN BARLI

Untuk mendapatkan kulit wajah putih berseri, ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Setelah itu, bancuh serbuk barli dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan secara rata di seluruh wajah sebelum tidur.

Sumber: Majalah WANITA Ogos 2013

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu