Wednesday, September 4, 2013

Ruangan Petua

MENGHALAU LALAT

Kehadiran lalat memang tidak menyenangkan apatah lagi pada musim perayaan. Untuk mengusir mahkluk kecil ini, petua berikut boleh diguna pakai. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan kedalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan terdedah di ruang yang terdapat banyak lalat. Langkah ini akan menyebabkan lalat-lalat yang berterbangan ini keluar dengan sendirinya dari ruang tersebut. Selain itu, anda juga boleh mengambil secekak daun kari dan kibaskan pada lalat yang berada di meja makan. Letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Pastinya lalat akan lari berterbangan.

MENGHILANGKAN KURAP

Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan  dengan sedikit kapur sirih. Kemudian, sapukan pada bahagian kulit yang terkena kurap.Biarkan seketika sehingga kering sebelum dibersihkan. Amalkan setiap hari.

MEMUTIHKAN WAJAH DENGAN BARLI

Untuk mendapatkan kulit wajah putih berseri, ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Setelah itu, bancuh serbuk barli dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan secara rata di seluruh wajah sebelum tidur.

Sumber: Majalah WANITA Ogos 2013

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu