Friday, December 14, 2012

❥ LSB : Trick Art Museum

Trick Art Museum ataupon Muzium 3D, memang best dan seronok sangat. Pulang dari membuat LSB di Kuala Lumpur kami singgah di i-city Shah Alam semata-mata untuk melawat Trick Art Museum ni. Apa yang menarik ...? Anda boleh lihat gambar-gambar yang telah kami ambil.

Sebenarnya Trick Art Museum ini adalah koleksi Lukisan 3D, kita boleh mengambil gambar-gambar bersama lukisan-lukisan tersebut mengikut kreativiti sendiri, tetapi mereka ada juga menyediakan contoh bagaimana kita hendak mengambil gambar bersama lukisan tersebut. Muzium ini terdapat 2 tingkat dan bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan setiap seorang tetapi kanak-kanak bawah 90cm adalah FREE.





























seronok kan ...?


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

❥ LSB: Muzium PDRM

Selepas berkunjung ke Planeterium Negara, perjalanan kami diteruskan pula ke Muzium PDRM. Muzium ini tidak jauh dari Planeterium Negara, kalau anda hendak berjalan kaki pon ok juga. Sebenarnya apabila saya amati kawasan ini, rupa-rupanya Tasik Perdana, Muzium Negara, Planeterium Negara, Taman Burung, Muzium PDRM dan beberapa tempat menarik sebenarnya berada dalam satu kawasan. Memang sesuai sangat untuk membuat LSB bagi pelajar-pelajar sekolah.

Didalam Muzium PDRM ini adalah DI LARANG untuk mengambil gambar. Perhatian tau untuk semua, tapi rugi juga tak dapat ambil gambar sebab semua koleksi didalam Muzium ini memang menarik. Sesuai dikunjungi oleh semua pihak terutama kepada pelajar-pelajar. Sebelum membuat lawatan saya sudah telefon dahulu dan mereka bersetuju untuk membuat tayangan mengenai sejarah awal polis. Banyak senjata-senjata yang digunakan oleh penjenayah dan polis turut dipamerkan. 

 Norliza dari PD Kg Sg Kelambu sedang mendaftar masuk.
Pintu masuk Muzium PDRM


 bakal Pahlawan Negara ni .. hehe







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

✿ LSB: Planeterium Negara

Perjalanan kami diteruskan lagi selepas membuat LSB ke Istana Negara. Sebenarnya selepas ke Istana Negara perancangan kami untuk pergi makan tengahari secara santai di Tasik Perdana, tetapi tidak kesampaian sebab tiada parking untuk bas, oleh itu kami teruskan perjalanan ke Planeterium Negara dan makan dikawasan itu.

Kepada mereka yang ingin mengadakan LSB ke Planeterium Negara DI SINI saya sertakan harga tiket masuk untuk rujukan semua. Untuk pelawat yang hanya ingin melawat di ruangan galeri ianya adalah PERCUMA, manakala kepada mereka yang ingin menonton teater angkasa bayaran tiket dikenakan mengikut kategori. Wajib tonton tayangan tersebut!!, kami memilih tajuk 'EARTH, MOON AND SUN' ...

bersama Safura di Balai Cerap Planeterium Negara, di sini anda semua boleh melihat kawasan Kuala Lumpur dengan jelas.
 sebahagian peserta





















 Pintu masuk ke Planeterium Negara
 Ini pula Taman Replika Balai Cerap Purba terletak dibawah sebelum masuk ke Planeterium Negara




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu