Thursday, December 13, 2012

♥ Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan Shah Alam

Pada 13hb Disember 2012 yang lalu kami berkesempatan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Diantaranya adalah Istana Negara, Planeterium Negara, Muzium PDRM dan Trick Art Museum di i-city.

Lawatan ini adalah dengan kerjasama PD Kg Sungai Kelambu dan telah dirancang sebulan awal. Kami pergi dengan menaiki 2 buah bas iaitu PD Kg Ladang Batu 1 bas manakala PD Sg Kelambu 1 bas. Penyertaan dari PD Kg Ladang Batu adalah seramai 43 peserta yang terdiri daripada dewasa, remaja dan kanak-kanak. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 seorang untuk menampung sewa bas, tiket masuk dan makanan.

Kami telah menerima sumbangan sebanyak RM400.00 dari Ketua Pemuda DUN Tg Sepat, dan duit tersebut kami buat penambahan sewa bas.

sewaktu hendak bertolak seawal 7.30 pagi
Tiket masuk ke Istana Negara, tetapi kami hanya membayar sebanyak RM2.00 seorang
Perjalanan menuju ke Istana Negara
Para peserta bergambar kenangan didalam Istana Negara
Dihadapan Balairong
Sewaktu makan tengahari di Planeterium Negara
Tiket masuk ke Planeterium Negara, kami mengambil pakej tayangan... RM6.00 seorang dikenakan.
Inilah suasana didalam kapal angkasa.
Diluar Planeterium Negara
Ini diluar Muzium PDRM, didalam muzium tidak dibenarkan mengambil gambar
Inilah pintu masuk Muzium PDRM
Kemudian, kami pergi pula di Trick Art Museum @ i-city
Diantara potret 3D yang terdapat di muzium ni
Kenangan bergambar di i-city

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu