Thursday, December 13, 2012

✿ LSB: Istana Negara Lama

Kunjungan kami pada pagi itu adalah Istana Negara sempena Pameran Raja Kita. Alhamdulillah selamat sampai mengikut waktu yang telah ditetapkan. Untuk memasuki Istana Negara sebanyak RM2.00 dikenakan sebagai bayaran masuk. Bayaran tiket juga dikenakan mengikut kategori sila rujuk DI SINI.Seronok sangat dapat berkunjung ke sini sebab kita dapat banyak maklumat mengenai salasilah Agong kita. Tetapi, hanya diruangan balairong sahaja yang dibenarkan, Pak cik guard tu cakap mungkin tahun hadapan mereka akan buka untuk tempat santap dan kamar beradu pula ... rugi pulak rasanya pergi dahulu.

Perjalanan dari parking bas menuju ke Istana pon jauh juga, tapi takpe semuanya santai sahaja mungkin mood pagi.
Antara koleksi keris
Koleksi Tepak Sireh
Koleksi Rantai Leher yang pernah dipakai Permaisuri
Koleksi Gong
Koleksi Jam Tangan
Koleksi Kamera, antik kan ..?



Di Balairong Istana Negara






santai-santai di luar Istana Negara







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu