Thursday, March 17, 2016

Program Pengenalan E-Library dan PNM Digital

Seterusnya Pn Noorhasmayani Binti Ali iaitu Penyelia Zon 3, Selangor pula memberi penerangan mengenai laman web E-Library dan PNM Digital. Para peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mendaftar di laman web tersebut di bantu oleh petugas PD Zon 3, Selangor.

Fungsi E-Library adalah untuk kita membaca buku secara online. Terdapat banyak buku yang menarik dan terbaru terdapat di laman web ini. Anda hanya perlu mendaftar di http://www.pnm.elib.com.my/ , kemudian boleh meminjam buku secara online di laman web tersebut.

 
Sesi penerangan mengenai e-library

Daftar sebagai ahli e-library






Para peserta yang menyertai, adik-adik yang comel belaka...
Moga dapat ilmu yang bermanfaat ....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Program Pengenalan E-Library dan PNM Digital (Promosi Perpustakaan)

Alhamdulillah selesai sudah Program Pengenalan E-Library dan PNM Digital yang di anjurkan oleh Perpustakaan Desa Zon 3, Selangor. Program ini dilaksanakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kundang pada 16 Mac 2016 pukul 10.00 pagi hingga 01.00 petang.

Terima kasih kepada petugas PI1M Kg Kundang iaitu Cik Nor Arzian Binti Saeman dan Cik Noor Farhani Binti Nisman kerana sudi menjemput kami untuk yang  melaksanakan program seperti ini.

Sebagai pembukaan program ini kami membuat promosi perpustakaan dahulu kepada para peserta yang terlibat supaya mereka dapat mengenali perpustakaan desa berhampiran mereka. Penerangan mengenai promosi perpustakaan ini adalah berdasarkan persembahan slide yang telah disediakan.

Sesi berkenalan dengan para peserta


Petugas dari PD Batu Laut, Kg Sg Kelambu dan Kg Morib turut serta


Ketika menerangkan segala perkhidmatan dan fungsi perpustakaan desa kepada para peserta






❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Pemplate Promosi Perpustakaan 2016

Ini merupakan pemplate yang PD Kg Ladang Batu gunakan untuk tujuan promosi perpustakaan di jabatan kerajaan pada tahun ini. Semoga dengan promosi perpustakaan ini, perpustakaan desa zon 3, Selangor akan lebih dikenali seterusnya dapat terima lebih ramai pengunjung supaya para pengunjung dapat menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan serta memperolehi ilmu yang bermanfaat, InshaAllah ....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, March 9, 2016

Program Solat Sunat Gerhana dan Cerapan Fenomena Gerhana Matahari Separa

Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk menyertai Program Solat Sunat Gerhana dan Cerapan Fenomena Gerhana Matahari Separa di Homestay Pantai Batu Laut. Kesemua petugas perpustakaan Zon 3 Selangor telah menyertai program ini untuk menunaikan solat sunat, tazkirah dan melihat Gerhana Matahari Separa di Pantai Batu Laut menggunakan cermin mata yang telah di sediakan.

Semoga kita dapat menunaikan Solat Sunat Gerhana lagi yang dijangka akan berlaku pada tahun 2019. 

Aturcara program
Ucapan aluan dari Nazir Masjid Innayatur Rahman Kg Batu Laut
Peserta wanita
Peserta lelaki
Saya bersama Pn Noorhasmayani Ali iaitu Penyelia Zon 3 Selangor
Sebahagian kami sedang menyaksikan gerhana matahari separa




Cermin mata yang diberikan digunakan untuk melihat gerhana matahari separa





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, March 8, 2016

Pertandingan Bercerita

Pertandingan Bercerita ini bertarikh 09 Disember 2015 dan disertai oleh 7 orang kanak-kanak. Tajuk ceritanya adalah berdasarkan kepada buku-buku yang ada di perpustakaan ini. Dari segi pemarkahan pula di kira berdasarkan kepada persembahan, kreativiti dan bahasa.

Adik Nur Alya Syamimi
Para juri terdiri daripada Pn Haslina Parjo, Pn Noor Fazlina dan saya

Adik Nur Amira Uzma 

Adik Nur Kamisah Rabiatul Adawiyah

Adik Yasmin Nasua

Adik Nur Madihah


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Pertandingan Tanam Benih Sayuran

Pada 07 Disember 2016 pihak perpustakaan telah mengadakan Pertandingan Tanam Benih Sayuran sempena Mini Karnival Perpustakaan Di Hatiku pada 23 Disember 2015. Seramai 16 peserta telah menyertai termasuk kategori dewasa , remaja dan kanak-kanak. Setiap peserta hanya dibekalkan tanah dan 3 biji benih sawi, manakala botol minuman bersaiz 1.5 liter pula disediakan oleh peserta.








❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu