Showing posts with label Aktiviti Bulanan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Bulanan. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Mewarna Poster Raya 2013

Pada 28hb Ogos 2013 kami telah melaksanakan sebuah aktiviti yang mudah kepada peserta remaja iaitu Mewarna Poster Raya, mudahkan...? Kali ini seramai 8 peserta telah menyertai aktiviti ini





Hasil kreativiti mereka



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Melukis Logo Kemerdekaan 56

Aktiviti kali ini mudah sahaja sempena bulan kemerdekaan, kami hanya laksanakan aktiviti 'Melukis Logi Kemerdekaan ke 56' ... kami hanya menaip slogan kemerdekaan dan mereka lukis logo nya sahaja .

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 30hb Ogos 2013 dan di sertai seramai 7 peserta termasuk kanak-kanak dan remaja.







Inilah hasil kreativiti mereka .... heeee




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, June 5, 2013

Chicken Little

Kraf kali ini adalah Chicken Little yang cukup cun dan comel. Ramai peserta cukup teruja untuk membuatnya. Pada 05 Jun 2013 kami berkesempatan mengadakan aktiviti ini dan disertai seramai 14 peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.













❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kraf Apron Untuk Hari Bapa

Assalamualaikum semua .... dengan harapan semuanya yang membaca entri akan sihat sentiasa. Kalau bulan Mei merupakan Hari Ibu, bulan Jun pula merupakan Hari Bapa. Kali ini kami telah berjaya melaksanakan aktiviti kraf berbentuk Apron Untuk Hari Bapa. Haaa kalau bapa-bapa anda seorang tukang masak boleh laa buat kraf ini, cantik tau.

Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah diperolehi seperti kertas warna, kertas hadiah, kertas manilakad, gunting, gam, reben dan beberapa template seperti senduk dan sudip. 

Pada 04 Jun 2013 kami melaksanakan aktiviti ini dengan disertai seramai 8 peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.

 Yasmin dan Iza yang cooomeeeiiiii ...
 Akeem siap posing

 Apakah yang difikirkan oleh Taqiuddin tu ye ...?
Masing-masing sedang berusaha menyiapkan tugasan
Inilah hasil kreativiti anak-anak yang cooomeiii tadi ... cantik kan ...?




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Monday, June 3, 2013

Tie Paper Bag

Pada 03 Jun 2013 aktiviti yang diberi nama Tie Paper Bag, telah berjaya kami laksanakan dengan disertai seramai 13 orang peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.

Untuk template paper bag tu anda boleh klik DI SINI , kemudian anda perlu gunting dan gam dan jadikan ia seperti paper bag. Apabila sudah siap, hiaslah paper bag tersebut dengan tali leher atau 'bow' yang diperbuat daripada kertas warna.











❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, May 29, 2013

Alarm Clock

D.I.Y Alarm Clock ... saya cuba dahulu.

Sebenarnya banyak barang-barang yang kita boleh gunakan untuk membuat kraf yang cantik, betul tak. Contohnya inilah dia kraf 'Alarm Clock' atau Jam Loceng. Bahan-bahan terbuang seperti CD contohnya, boleh digunakan pelbagai kraf , daripada dibuang begitu sahaja. Saya percaya setiap rumah mesti ada CD yang banyak tidak digunakan sebab dah calar-calar. Oleh itu, apa kata anda mencubanya dan hias bilik anda dengan kraf seperti ini mesti lebih menarik.

DI SINI saya sertakan template untuk membuat alarm clock ini. Anda boleh ubah dan hias mengikut kreativiti anda sendiri. Oleh itu, pada 29hb Mei 2013 kami berjaya laksanakan aktiviti ini dan disertai seramai 15 peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.











❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, May 28, 2013

Paper Fall Fruits

Sempena cuti sekolah pertengahan tahun ini, banyak aktiviti  perlu kami laksanakan. Kadang-kadang apabila kami tidak mahu laksanakan aktiviti, pengunjung terutama kanak-kanak pula yang menginginkannya. Untuk itu, kami dengan sedaya-upaya penuhi permintaan mereka juga sebagai memenuhi masa lapang cuti sekolah.

Paper Fall Fruits ini dikelolakan oleh Pn Rohaya.Mudah sahaja untuk membuatnya, anda boleh rujuk DI SINI untuk mengetahui cara-caranya. Aktiviti ini dilaksanakan pada 28hb Mei 2013 dan disertai oleh 16 peserta termasuk kanak-kanak dan remaja.



 hanya gunting-gunting sahaja ....




Hasil kreativiti para peserta ... ada beberapa buah berjaya dibuat seperti buah epal, buah tembikai dan buah lai ....




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, May 25, 2013

Aktiviti Mewarna

Sebenarnya aktiviti mewarna ini saya kurang laksanakan sebab, kebanyakan pengunjung terutama kanak-kanak sendiri yang memintanya. Mereka gemar mewarna mengikut karakter-karakter kegemaran mereka sendiri. Setiap hari bila tiba cuti sekolah, mereka pasti akan menyuruh saya cetak beberapa karakter kartun yang mereka gemar dan mewarnakannya mengikut kreativiti sendiri. Kami hanya memantau dan mengajar serba sedikit teknik-teknik mewarna supaya lebih kemas dan cantik.



 sweet pula tengok gambar ni ... farisya dan khairizan
 Mereka ni laa kalau masuk perpustakaan mesti suruh cetak kartun untuk diwarnakan.

Baru 2 tahun, saya beri sehelai kertas dan warna untuk di conteng-conteng sahaja.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu