Saturday, March 23, 2013

✿ Aktiviti Mewarna dan Pinjaman Berkelompok

Pada 31 Januari 2013 yang lalu kami berkesempatan membuat lawatan ke PDK Permata Kasih, Tanjung Sepat. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat pinjaman berkelompok, mambuat sedikit aktiviti dan ingin mempelajari cara-cara membuat bingkai gambar menggunakan batang pisang.

Alhamdulillah seramai 24 orang telah menjadi ahli baru di PD Kg Ladang Batu. Kedatangan kami telah disambut baik oleh Penyelia PDK itu iaitu Pn Razliah Rosdi bersama kakitangan yang lain. Sebenarnya memang kami teruja untuk membuat lawatan di sini kerana mendapat tahu di PDK ini banyak kraf kreatif yang dihasilkan seperti Bingkai Gambar yang menggunakan batang pisang, Bunga Telur yang menggunakan kertas surat khabar, keychain dan brooch yang menggunakan kain felt, hiasan tudung saji dan sebagainya.


Kedatangan kami bersama bagasi berwarna hijau tu, bukan ape senang nak bawa buku .. pakai tarik dan tolak sahaja .. heee
kanak-kanak ni memang hyperactive ... takut sangat nak dekat, memang respect kepada staf di sini kerana sabar melayan.
Pn Razliah menunjukkan cara bagaimana batang pisang diproses.
Agak sukar juga, batang pisang di kisar hingga halus, rendam, letak pewarna dan bau ... patutlah bila saya dekat bau durian, rupa-rupanya mereka letak perisa durian ... rasa nak minum aje .. heee
 Memang banyak step, tetapi pelatih-pelatih OKU ni dah diajar cara bagaimana untuk melakukannya, Apabila sudah direndam, letak pewarna kemudian kena tapis dengan menggunakan peralatan khas yang dibuat sendiri.
 Apabila sudah siap ditapis, hampas batang pisang itu dilletakkan di karpet kemudian jemur semasa cuaca panas.
Sudah siap dijemur, kemudian di gelek pula supaya menjadi rata .. macam buat biskut pula ye ...
Inilah hasilnya .. banyak krag boleh di hasilkan seperti membuat bingkai gambar, kad ucapan, kad aturcara dan sebagainya.
 Ini pula pelatih OKU sedang membuat kraf menggunakan kain felt .. antaranya keychain, brooch, bekas pensil dan sebagainya... cantik dan kemas tau
Ini pula pelatih OKU sedang menggulung kertas surat khabar untuk dijadikan bunga telur.

Pelatih OKU ini pula sedang menyiapkan tudung saji dengan menggunakan riben, sungguh kemas dan teliti tau.

Seperti di Tadika, jam 10 am juga adalah masa untuk makan...
 Sebenarnya setiap pelatih telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, mengikut tahap pemikiran dan keupayaan pelatih itu sendiri.
 Aktiviti mewarna sedang dijalankan selepas sarapan pagi..




 Ribuan terima kasih kepada Pn Razliah Rosdi , seluruh kakitangan PDK Permata Kasih, Tanjung Sepat serta pelatih kerana sudi menerima kunjungan kami. Amat seronok kerana mendapat layanan mesra dari semua pihak, apabila datang ke sini saya dapat mempelajari banyak perkara baru. Saya memang respect kepada petugas kerana sabar dalam melayan karenah pelatih yang mempunyai pelbagai sikap tersendiri.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

✿ Kolaj

Pada 26 Januari 2013 yang lalu, kami berkesempatan mengadakan sebuah aktiviti kolaj. Kolaj adalah sebuah aktiviti yang membawa maksud tampal. Jadi kita boleh menampal apa-apa bahan seperti kertas, bijirin, dedaun kering dan sebagainya di atas kertas. Sangat cantik jika ianya mempunyai bentuk seperti bentuk haiwan, bunga-bungaan, kartun dan sebagainya. Untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut anda boleh mencari di google , klik Images dan taip Flower Coloring Pages .

Seramai 9 orang peserta telah menyertai aktiviti ini .. hasilnya sangat cantik dan kemas ... 






Inilah hasilnya !!

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

✿ Kraf The Owl

Satu lagi kraf kreatif yang kami cedok dari fb, pertama kali melihatnya saya dah teruja untuk membuat aktiviti ini di perpustakaan. Mula-mula saya share dahulu gambar ni kepada Pn Rohaya, kemudian beliau sendiri yang mencari idea dan mencari bahan-bahannya. Susah juga untuk membuatnya, banyak kali juga silap... tetapi bila dapat idea menggunakan kertas biskut ni segala-galanya mudah, nasib ada baki buat kuih raya yang lepas.

Pada 12 Januari 2013 selepas membuat Kraf Frog Pencil Box kami membuat aktiviti ini pula dan disertai seramai 8 orang peserta.







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

✿ Kraf Frog Pencil Box

Comel !! itulah yang boleh saya katakan apabila terlihat kraf ini di fb, saya terlupa linknya tapi yang saya tahu kraf ni dari Venezuala, memang tak faham dengan tulisannya tapi dia dah tunjukkan langkah-langkah berdasarkan gambar yang diberi. Mujur N1 saya Pn Rohaya boleh faham dan dia mencari idea dari macam mana hendak membuatnya selain membuat latihan sendiri, beliau turut melakarkan template frog ini berdasarkan gambar yang telah di beri. Seronoknya buat kraf ni selain comel ia juga boleh dijadikan sebagai pensil, mesti cantik kalau di hias di meja pelajaran anak-anak anda.

Oleh itu, pada 12 Januari 2013 kami telah berjaya melaksanakan aktiviti ini bersama pengguna perpustakaan dan disertai oleh seramai 9 peserta.




Inilah hasilnya .... Comeiiiiii kan ...???

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu