Friday, September 14, 2012

✿ Jamuan Hari Raya 2012

 Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kami berkesempatan mengadakan sedikit jamuan hari raya untuk para pengunjung perpustakaan desa kg ladang batu. Jamuan ini diadakan pada 14hb September 2012 dan disertai oleh 26 orang pengunjung.


diantara menu yang dihidangkan, kerabu mangga dan salad buah-buahan

 suasana semasa jamuan dijalankan
 meriahkan ...??



 tetamu undangan .... Kay dan Mira dari PD Kg Batu Laut


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, September 12, 2012

✿ Dinasour Stick Puppet

Aktiviti kali ini adalah berbentuk kraf yang dinamakan sebagai Dinasour Stick Puppet. Seramai 8 orang kanak-kanak menyertainya . Aktiviti kali ini amat mudah, kami hanya cetak gambar dinasour melalui internet. Kemudian kanak-kanak hanya perlu mewarna mengikut kreativiti sendiri, gunting dan lekatkan pada lidi buloh. Mudahkan ...?


 




Inilah hasilnya ... ceria betul mereka melakukan aktiviti ini ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, September 6, 2012

✿ Origami Swan

 Origami .. Origami adalah salah satu aktiviti yang mudah dan digemari oleh kanak-kanak. Dengan menggunakan sehelai kertas pelbagai bentuk boleh dibuat, contohnya : burung jinjang, bintang, ikan, bunga, pelbagai bentuk haiwan dan sebagainya. Paling menyeronokkan apabila origami berjaya dilakukan dan mendapat hasil yang cantik.

Kali ini kami membuat aktiviti origami berbentuk swan ... adik-adik boleh merujuk didalam carian di Google dan Youtube. Aktiviti ini dilakukan pada 06 September 2012 dengan jumlah penyertaan seramai tujuh (7) peserta.





Inilah hasil origami yang dihasilkan, kalau adik-adik nak buat pelbagai warna pon tidak mengapa ... cantik kan ...?


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu