Monday, November 28, 2011

Pertandingan : Hafalan Doa-Doa Harian

Tarikh : 26hb Nov 2011
Hari : Sabtu
Masa : 3.00 ptg
Aktiviti : Pertandingan : Hafalan Doa-Doa Harian
Penyertaan : 10 peserta kanak-kanak

Pertandingan Hafalan Doa-Doa Harian ini dipilih kerana saya ingin mengetahui sejauh mana tahap kanak-kanak di sini didalam hafalan doa-doa harian yang perlu mereka amalkan setiap hari. Semasa pertandingan ini dijalankan saya dapat melihat sejauh mana tahap mereka didalam penghafalan doa-doa harian, dan saya perlu menggalakkan mereka untuk jadikan doa harian sebagai amalan kehidupan mereka.


Sebelum bertanding, cabutan undi perlu dilakukan ...

Nuzul dan Nasuha , dua beradik sibuk menghafal doa sebelum pertandingan dimulakan

Husna dan syamimi tidak ketinggalan ingin menyertainya ..













Contoh beberapa doa-doa harian yang perlu mereka amalkan setiap hari ...

Pemenang Pertaman : Nur Salsabilla

Pemenang Kedua : Nurul Nasuha

Pemenang Ketiga : Ain Athirah

Saya berharap agar selepas pertandingan ini, adik-adik akan lebih peka dan jadikan doa-doa ini sebagai amalan hidup kita seharian ...

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kraf Kreatif : Cat And Fish Sponge

Tarikh : 26hb Nov 2011
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pg
Aktiviti : Kraf Kreatif : Cat And Fish Sponge
Penyertaan : 12 penyertaan kanak-kanak

Kraf Kreatif kali ini adalah hasil idea dari Pn Rohaya, saya pon tidak berapa pasti nak namakan apa, kemudian saya memutuskan untuk menamakan sebagai Cat And Fish Sponge kerana objek-objek tersebut di perbuat daripada span basuh pinggan, kemudian diikat dengan benang, maka terhasillah bentuk kucing dan ikan. Semua peserta teruja untuk menyertainya kerana selain mudah dan menyertainya, malah bentuk-bentuk kucing dan ikan tersebut teramatlah 'cute'...



Pn Rohaya menunjukkan cara-cara nak membentuk dan mengikat benang untuk dijadikan seperti seekor kucing

Setiap peserta memberikan sepenuh perhatian ... teruja sungguh mereka ni ..

sibuk dengan kraf masing-masing ...

peserta kecil turut terlibat

mana yang agak-agak kurang faham boleh rujuk semula pada Pn Rohaya



Syamimi menunjukkan hasil beliau ...

dah siap pon khairil punya cute cat ...

Ain dan Syamimi sibuk menyusun mata-mata, misai dan hidung kucing ...

macam ni laa leyana ... kata ain pada leyana

tadaaaa! siap pon cat sponge kami ...

ini pula fish sponge kami ...!

hasil kreatif setiap peserta ..

cute tak kawan-kawan ...?

hasil kreatif setiap peserta ...

cute tak kawan-kawan ..?

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Ulasan Buku : Niaga Online


Buku ini menerangkan cara bagaimana untuk membuat website secara step by step. Bagi mereka yang tiada pengalaman juga boleh menghasilkan sebuah website hanya berpandukan kepada buku 'Niaga Online' ini.

Sinopsis / Ulasan Buku
Ledakan teknologi maklumat telah membawa satu fenomena baru yang melanda masyarakat dunia iaitu berniaga di internet. Melihat kepada kejayaan individu-individu yang berjaya meraih pendapatan lumayan dan mencapai status untuk berjaya seperti mereka. Namun, banyak juga impian yang hanya tinggal angan-angan kerana kekurangan maklumat yang berkaitan dengan cara untuk berniaga di Internet.

Melihatkan keadaan ini, Saliyati Suhaimi terpanggil untuk mengisi kekosongan maklumat tersebut. Maka, lahirlah buku Niaga Online. Buku ini cuba membantu merealisasikan impian sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam perniagaa bentuk baru ini.

Menariknya tentang buku ini, pembaca akan diajar secara langkah demi langkah untuk membuat perniagaan di Internet. Usah khuatir atau beranggapan bahawa buku ini hanya sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berpengetahuan dalam bidang IT sahaja. Yang pasti, buku ini sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa ataupun agama.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Ulasan Buku : Bawa Hatimu Kepada Tuhan

Kulit Muka Buku

Sinopsis / Ulasan Buku :
Cinta itu bermula dari HATI. Andai HATI itu ikhlas, cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Untuk membina cinta itu, HATI perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN memberi satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara- mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Terdapat 60 bab yang membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus. Dengan huraian yang ringkas dan padat, pembaca akan lebih mudah menyelami isi kandungan yang disampaikan. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang ditimbulkan , yang membawa kita merenung ke dalam diri dan menilai di mana letaknya HATI.

Sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN ?


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, November 24, 2011

Kraf Kreatif : Tudung Saji Berhias

Tarikh : 24hb Nov 2011
Masa : 2.30 ptg
Aktiviti : Kraf Kreatif : Tudung Saji Berhias
Penyertaan : 8 peserta ( 4 Dewasa, 1 Remaja, 3 K-kanak)

Tujuan saya menganjurkan aktiviti Tudung Saji Berhias ini adalah untuk para ibu bagi membuka ruang dan peluang supaya mereka dapat menjadi usahawan, kerana Tudung Saji Berhias ini boleh dijual , selain daripada cantik kerana di hias dengan reben tetapi saya lihat tudung saji berhias ini amat berguna bagi melindungi lalat kerana setiap ruang tudung saji di tutup dengan menggunakan reben. Saya melihat tudung saji berhias ini amat fleksibel dan perlu ada didalam setiap rumah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar iaitu Pn Rashidah Binti Bustamam kerana sudi mengajar dan memberikan ilmu kemahiran kepada para peserta.


Ini caranya... Pn Shidah menunjukkan cara untuk mengukur reben

Safura pun nak ikut serta ...







Pn Naza turut serta ...

peserta kanak-kanak, Emylia dan Liyana

saya pon nak join juga ... sudah berangan nak buat yang besar pulak ...

Rupanya agak jenuh juga untuk menyiapkan, walaupon mudah tapi rumit untuk yang pertama kali mencubanya ... Aktiviti ini tidak dapat disiapkan pada hari ini, menurut Pn Shidah beliau yang sudah biasa buatpun perlu mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan sebuah tudung saji yang kecil. Kami mengambil keputusan untuk menyiapkan di rumah, dan akan bersambung pada 26hb November nanti ... Tunggguu...


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kraf Kreatif : Lampu Tidur

Tarikh : 24hb Nov 2011
Masa : 11.00 pg
Aktiviti : Kraf Kreatif : Lampu Tidur
Penyertaan : 10 Org ( 1 Remaja, 9 K-kanak)

Peralatan :
- Mangkuk Polisterin , Besar dan Kecil
- Kertas Surat Khabar
- Kertas A4
- Warna Air
- Benang


Para peserta sedang mendengar arahan yg diberikan

Mula!!

Seronoknya para peserta buat aktiviti ini



Masing-masing nak tunjukkan bakat tersendiri

Macam takde mood aje syamimi ni ...?



Tadaaaa!!!! inilah hasil lampu tidur kami !



:)

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu