Showing posts with label Lawatan Sambil Belajar (LSB). Show all posts
Showing posts with label Lawatan Sambil Belajar (LSB). Show all posts

Friday, May 19, 2017

Lawatan Daripada Kanak-kanak JKHEOA Tanjong Sepat

Pada 11 Mei 2017 yang lalu pihak perpustakaan telah menerima kunjungan daripada kanak-kanak serta guru-guru TASKA JKHEOA Kg Tanjong Sepat. Seramai 18 orang kanak-kanak serta 6 orang guru telah menyertai lawatan tersebut.

Antara pengisian lawatan tersebut adalah taklimat mengenai perpustakaan , baca buku, tayangan kisah Sang Kancil dan Sang Buaya, kraf Strawberry dan kraf Watering Can Flower.

 Taklimat mengenai perpustakaan
 Adik-adik sedang memilih dan membaca buku kesukaan masing-masing


 Pn Noreha Sani sedang membaca keratan akhbar yang telah disedaikan di sudut pameran
 Adik-adik sedang membuat kraf Watering Can Flower yang di bantu oleh guru-guru dan petugas perpustakaan



 Hasil kreativiti adik-adik
 Tayangan Sang Kancil dan Sang Buaya

 Aktiviti kraf Strawberry sedang dijalankan




 Hasil kreativiti adik-adik TASKA
 Kenangan bergambar bersama adik-adik dan guru-guru TASKA 
 candid...
 Cenderahati daripada pihak perpustakaan yang disampaikan oleh Pn Noor Hasmayani 
Terima cenderahati daripada Pn Noreha selaku wakil pihak TASKA

Terima kasih kepada adik-adik dan guru-guru yang terlibat, tahun hadapan datang ke perpustakaan lagi ye ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, April 21, 2017

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur 2016

Pada 15 Disember 2016 yang lalu pihak perpustakaan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar (LSB) ke Kuala Lumpur. Seramai 40 peserta telah menyertai lawatan ini bersama 4 orang petugas perpustakaan. Antara tempat lawatan yang kami lawati adalah :

1. Jabatan Penyiaran Malaysia - RTM
2. Galeri Seni Bank Negara Malaysia
3. Perpustakaan Negara Malaysia - PNM
4. Suria KLCC

 Para peserta berseronok di dalam bas, almaklum tahun lepas perpustakaan tiada membuat lawatan.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA - RTM

Pegawai RTM sedang memberi penerangan kepada kami tentang studio RTM

 Sessi bergambar
Di dalam Studio Rentak Juara
                            



 Di dalam bilik solekan untuk pengacara dan artis



 Bergambar kenangan di belakang bangunan RTM
Bersama Pegawai Penerangan dari RTM yang membawa kami menyelusuri Wisma TV dan Radio iaitu Pn Azura

GALERI SENI BANK NEGARA MALAYSIA

 En Azmi wakil dari Galeri Seni Bank Negara Malaysia sedang memberi penerangan mengenai galeri ini. Memandangkan kami tiba lewat makan masa lawatan di singkatkan.
 Para peserta sedang mendengar taklimat dari En Azmi
 Di akhir penerangan En Azmi telah memberi sebuah Passbook untuk diisi oleh para peserta
 Santai-santai je mereka dalam galeri ni ya ... memang seronok, terpaku sebentar melihat koleksi lukisan yang ada disini
 Sedang menuruni 1 anak tangga 
 Di dalam galeri kanak-kanak, memasuki terowong duit dengan jumlah RM1,000,000.00 ... duit betul tu tau!





 Bakal Gabenor kononnya keh3 ...

 Pelbagai aktiviti yang boleh di buat di dalam galeri kanak-kanak
Bergambar kenangan di Bank Negara Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM

 Di pintu masuk Perpustakaan Negara Malaysia



 Di dalam bilik Theater untuk menyerta aktiviti yang telah di sediakan



Inilah hasil kreativiti para peserta kami

Alhamdulillah selesai sudah lawatan sambil belajar kami untuk tahun 2016. Terima kasih tidak terhingga kepada YBhg Ir Mohd Haslin Bin Hassan iaitu ADUN Tg. Sepat kerana sudi memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada kami untuk tujuan sewa sebuah bas dan keperluan lawatan sambil belajar tersebut.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu