Friday, April 21, 2017

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur 2016

Pada 15 Disember 2016 yang lalu pihak perpustakaan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar (LSB) ke Kuala Lumpur. Seramai 40 peserta telah menyertai lawatan ini bersama 4 orang petugas perpustakaan. Antara tempat lawatan yang kami lawati adalah :

1. Jabatan Penyiaran Malaysia - RTM
2. Galeri Seni Bank Negara Malaysia
3. Perpustakaan Negara Malaysia - PNM
4. Suria KLCC

 Para peserta berseronok di dalam bas, almaklum tahun lepas perpustakaan tiada membuat lawatan.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA - RTM

Pegawai RTM sedang memberi penerangan kepada kami tentang studio RTM

 Sessi bergambar
Di dalam Studio Rentak Juara
                            



 Di dalam bilik solekan untuk pengacara dan artis



 Bergambar kenangan di belakang bangunan RTM
Bersama Pegawai Penerangan dari RTM yang membawa kami menyelusuri Wisma TV dan Radio iaitu Pn Azura

GALERI SENI BANK NEGARA MALAYSIA

 En Azmi wakil dari Galeri Seni Bank Negara Malaysia sedang memberi penerangan mengenai galeri ini. Memandangkan kami tiba lewat makan masa lawatan di singkatkan.
 Para peserta sedang mendengar taklimat dari En Azmi
 Di akhir penerangan En Azmi telah memberi sebuah Passbook untuk diisi oleh para peserta
 Santai-santai je mereka dalam galeri ni ya ... memang seronok, terpaku sebentar melihat koleksi lukisan yang ada disini
 Sedang menuruni 1 anak tangga 
 Di dalam galeri kanak-kanak, memasuki terowong duit dengan jumlah RM1,000,000.00 ... duit betul tu tau!





 Bakal Gabenor kononnya keh3 ...

 Pelbagai aktiviti yang boleh di buat di dalam galeri kanak-kanak
Bergambar kenangan di Bank Negara Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM

 Di pintu masuk Perpustakaan Negara Malaysia



 Di dalam bilik Theater untuk menyerta aktiviti yang telah di sediakan



Inilah hasil kreativiti para peserta kami

Alhamdulillah selesai sudah lawatan sambil belajar kami untuk tahun 2016. Terima kasih tidak terhingga kepada YBhg Ir Mohd Haslin Bin Hassan iaitu ADUN Tg. Sepat kerana sudi memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada kami untuk tujuan sewa sebuah bas dan keperluan lawatan sambil belajar tersebut.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu