Wednesday, October 30, 2013

Program Suai Kenal

Assalamualaikum wbt dan salam mesra kepada yg sudi singgah blog Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu ni. Entri dah lama, program dari bulan 6 berlangsung dan sekarang baru dapat masukkan ke dalam blog disebabkan komitmen kerja di perpustakaan .... heeeee.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh beberapa kakitangan dari Zon 3, Selangor iaitu Pn Nor Azmira Sairan dari PD Kg Batu Laut, Pn Norliza Kamaruzzaman dari PD Kg Sg Kelambu dan Pn Siti Adiza Binti Normadi dari PD Morib.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pn Noreha Binti Mohd Sani iaitu Guru Tabika Kg Orang Asli Tg. Sepat dan Pn Zuraidah Binti Sapardi Guru Taska dari Kg Orang Asli Tg. Sepat, kerana sudi mengadakan lawatan sambil belajar ke perpustakaan.

Ada beberapa aktiviti turut disediakan kepada adik-adik tabika dan taska ni, antaranya adalah mewarna topeng, tarian gwyomi, chicken dance dan story telling.

 Mereka yang hadir ...

 Saya memberi penerangan serba sedikit tentang perkhidmatan yang kami sediakan.

 Aktiviti mewarna topeng sedang dilaksanakan



 Adik-adik bersama hasil kerja mereka ...
 bersama guru-guru pengiring
 Sarapan pagi ...

 Story telling ...


 tarian gwyomi
 chicken dance .... seronok tengok adik-adik ni, macam-macam gaya ... heeee


 Cenderahati dari Pn Noreha
Cenderahati dari Pn Zuraidah





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, September 25, 2013

Lagu : Kondangan

Sebenarnya saya terjumpa video ini dengan tajuk "Kondangan" ini adalah dari fb Jeman tsm, pertama kali dengar tau. Tujuan saya berkongsi video ini adalah kerana kawasan Kg Ladang Batu adalah dipelopori oleh masyarakat Jawa. Maksud kondangan adalah 'pergi ke rumah orang kahwin dan untuk makan sahaja sambil menghulurkan duit sumbangan'. Manakala, maksud rewang pula adalah membantu keluarga yang membuat kenduri kahwin seperti memasak, basuh pinggan, menyediakan bahan-bahan masakan serta melayan tetamu yang datang'. Lagu ini betul-betul seperti yang terjadi didalam masyarakat jawa apabila mereka membuat kenduri kahwin.

Jom layannn .....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kenangan SPASM - Kontinjen N9

Sebahagian gambar yang diambil ketika menjadi Liaison Officer untuk Kontinjen Negeri Sembilan .... kenangan yang sukar buat saya dan Pn Yus untuk lupakan ...

 22hb September sewaktu hendak hantar mereka ke venue badminton dan futsal
 Di lobby hotel, berkumpul untuk makan malam
 bersama kak Ziela, Pn Yus (LO) dan Amar
 Majlis perasmian
 Bersama Kontinjen Negeri Sembilan
 Cenderahati dari Pn Pengarah PPANS untuk Pn Yusrina

 Di Muara Ikan Bakar Tg Harapan

 Gambar-gambar bawah ni saya ambil dari fb mereka. tQ sesangat pada team kak Ziela yang sudi menyediakan gift untuk kami ...









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Bahagia Dengan Memberi

Bahagia Dengan Memberi ....

Hayatilah iklan ini dgn sebaik-baiknya ... simple dan mudah di fahami. Walaupon hidup kita susah dan sukar, jika kita ikhlas membantu insan yang lain juga hidup dalam kesusahan, pasti akan dapat balasan yang baik. Yang penting, jika kita hendak membantu atau bersedekah usahlah harapkan sebarang balasan ... Allah s.w.t lebih mengetahui ....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, September 24, 2013

Makan Malam di Muara Ikan Bakar Tg Harapan

Pada malam 21hb September 2013, selesai acara ping pong, bola jaring, bola tampar lelaki dan bowling kami makan malam di Muara Ikan Bakar Tg Harapan. Seronok sangat dapat join mereka walaupun masa pergi sampai tersesat, nasib masih boleh undur kenderaan sebab itu adalah jalan sehala. Alhamdulillah, terima kasih kepada Pengarah Negeri Sembilan dan kontinjen-kontinjen Negeri Sembilan kerana sudi ajak saya dan Pn Yusrina untuk join dan belanja makan sekali. Dengan harapan you all enjoy dengan tempat makan yang kami cadangkan.

Semasa berkumpul di Lobby Hotel Concorde
 Bersama Kak Zila dan Ammar di perkarangan Hotel Concorde
 Mereka yang ceria walaupun saya tahu mereka semua dalam kepenatan..





 Pengarah PANS bersama suami

Paling seronok sewaktu pulang bersama Kak Zila, Kak Zaiton, Abg Iskandar, En Naza dan Ammar didalam kereta, ketawa sahaja .. ada sahaja idea bersama loghat2 nogori buat saya dan Pn Yus tak berhenti ketawa .... kenangan paling best dan susah dilupakan ... :D





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Malam Perasmian SPASM 20 2013

Pada 20hb September 2013 bermula Majlis Perasmian sempena Sukan Perpustakaan Awam Se Malaysia (SPASM) ke 20 di Dataran Shah Alam bermula jam 8.30 malam. Semua kontinjen / atlet yang terlibat dalam acara sukan SPASM 20 turut serta dalam acara perbarisan. Seronok sangat pada malam tersebut kerana pelbagai acara telah berjaya di laksanakan terutama semasa acara perbarisan dan perasmian oleh YB Ahmad Yunus Hairi ADUN Sijangkang.

Tidak lupa juga acara semasa penghujung perasmian iaitu Montaj SPASM 20, Brass Band dari sekolah sekitar Shah Alam (saya dah lupa dr sekolah mana) dan Sky Runner .... memang seronok dan terhibur .

 Saya dan Pn Yusrina Liaison Officer (LO) untuk Kontinjen Negeri Sembilan
Semasa acara perasmian di laksanakan ... dapat ambil gambar dari jauh je ...
 Sky Runner dari team mane, saya dah lupa ... maaf ye
Ini pula Brass Band dari sekolah sekitar Shah Alam ...



Ini pula adalah video/montaj untuk SPASM 20 ... hayatinya ... :D



ps:// saya masih menanti rakan-rakan lain untuk update gambar malam perasmian, sebab tak sempat nak ambil gambar, harap maklum



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu