Thursday, August 29, 2019

Kempen Keahlian u-Pustaka

Kempen Keahlian u-Pustaka ini telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2019 yang lalu di Pusat Internet Desa Kg. Kundang. Seramai 13 peserta telah menyertai kempen ini dengan mendaftar keahlian di laman sesawang u-Pustaka ... 

Kebanyakan peserta telah berjaya mendaftar di u-Pustaka dan mereka telah memahami bagaimana cara untuk membaca e-buku, e-majalah dan e-jurnal. Selepas ini boleh baca buku di u-Pustaka, percuma je ...













❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Sudut u-Pustaka

Selesai menyediakan dan menyiapkan Sudut u-Pustaka di Perpustakaan Desa Kg. Ladang Batu. Semoga dengan adanya info yang terdapat di dalam sudut tersebut, para pengunjung dapat memahami bagaimana u-Pustaka berfungsi .. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua ..

Jom datang perpustakaan!









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Pangkalan Data Ookbee Buffet

Berikut merupakan tatacara menggunakan Pangkalan Data Ookbee Buffet. Pangkalan Data ini amat mesra pengguna dan mudah difahami penggunaanya. Moga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pengguna ... 










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, August 20, 2019

Pertandingan Poster : Natural Place For All

Alhamdulillah dapat memenangi tempat kedua di dalam pertandingan

"Poster-Paper Presentations Of Best Practices In Public Library Innovations"
sempena
INELI-ASEA di Vietnam pada 26 November 2017 - 1 Disember 2017.

Poster ini adalah hasil kerjasama Puan Siti Suhana Binti Adnan (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perpustakaan Desa PNM bersama Kakitangan Zon B03 Selangor


Apabila di beri tugasan oleh Pegawai Wilayah kepada kami, teringat pula kenangan semasa membuat poster ini bersama team zon B03 Selangor. Satu mesyuarat telah diadakan di PD Kg. Ladang Batu. Pada waktu itu, Puan Yani meminta kami memberi idea tentang bagaimana untuk membuat poster itu. Masing-masing di beri sehelai kertas dan pen. Lama juga kami berfikir dan berbicara. Saya juga menerawang nak imaginasi macam mana nak buat. Tapi tak boleh nak berfikir dengan baik...

Tuff juga tugasan ni sebab nak dibuat pertandingan di luar negara, takkan nak yang simple-simple, apa isi kandungan nak dimasukkan dalam poster tu nanti? Masing-masing berdiam diri sambil berfikir-fikir.

Saya buntu, lalu melukis-lukis bunga raya untuk di conteng-conteng di atas kertas yang diberi, saya lukis-lukis bunga raya tu pon sebab lapik meja perpustakaan waktu itu corak bunga raya berwarna merah jambu.

Dan apabila Puan Yani selaku Penyelia kami memandang apa yang saya lukis tu, lantas Puan Yani tanya ... 'Cik Wa (panggilan untuk saya) lukis apa tu? saya jawab ... 'Saje conteng bunga raya sebab tengok lapik meja ni ... ' Kemudian saya memberi cadangan, kalau kita tulis segala aktiviti yang kita buat kat library dekat setiap kelopak ni, ok tak ye?'

Hmmm masing-masing mula bersuara dan memberikan idea-idea serta lakaran bunga raya ... Alhamdulillah begitulah hasilnya


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, August 8, 2019

Pangkalan Data u-Pustaka

Berikut merupakan Pangkalan Data u-Pustaka yang digunakan untuk membuat carian e-buku, e-majalah, e-jurnal dan sebagainya. Ianya juga merupakan salah satu promosi u-Pustaka, semoga ianya bermanfaat kepada semua..






❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu