Wednesday, March 14, 2018

Hari Bersama Komuniti

Hari Bersama Komuniti ini adalah anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang yang telah diadakan di Balai Raya Kg Kundang pada 22hb Februari 2018 yang lalu. 

Antara pengisian didalam program ini adalah :
- Pemeriksaan Kesihatan
Taklimat Klik Dengan Bijak & Kuiz
- Pameran dan Promosi Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu
- Product New & View (Myshop)
- Taklimat e-Usahawan
- Bengkel Asas Fotografi & Videografi
- Sukaneka
 Sudut pameran buku
 Pameran buku-buku usahawan dan novel daripada Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu
 Sudut Photobooth
 Meja Pendaftaran
 Sudut Fotografi - baru saya tahu bagaimana untuk mengambil gambar produk dengan betul ...
 Pemeriksaan Kesihatan oleh Cik Nor Arzian iaitu Pengurus PI1M Kg Kundang
Pn Noor Hasmayani turut melakukan pemeriksaan kesihatan , heee 
 Kehadiran pengujunjung
 Pendaftaran keahlian
 Acara senamrobik
 Pertandingan Mewarna oleh adik-adik Tabika KEMAS Kg Kundang
 Hasil pertandingan mewarna
 e-Rezeki yang dikendalikan oleh Pn Yusyima Harlida dari Pusat Internet Desa Tanjong Sepat
 Ucapan daripada pihak penganjur iaitu Pengurus PI1M Kg Kundang
 Cabutan bertuah
 Sesi bergambar diakhir program bersama para pengujung dan urusetia

Terima kasih kpd Cik Nor Arzian Binti Saeman yang sudi menjemput kami untuk mengadakan pameran dan promosi perpustakaan kepada para pengunjung



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, March 13, 2018

KARNIVAL PESTA PONGGAL

Karnival Pesta Ponggal ini telah diadakan di SJK (Tamil) Simpang Morib pada 24 Februari 2018 yang lalu. Pesta ini adalah anjuran JKKK Kg Tali Air dan Morib, Perpustakaan Desa PNM Kg Morib dan SJK(T) Simpang Morib.

Di antara pengisian program karnival ini adalah Pertandingan Memasak Ponggal, Menganyam Thoranam, Kolam, Memecah Periuk dan Mewarna. Acara dimulakan dengan sessi pendaftaran pengunjung iaitu pelajar sekolah tersebut dan ibubapa yang dikendalikan oleh petugas PD PNM Zon 3 Selangor.

Sesi pendaftaran, meriah!
Pn Noor Hasmayani turut membantu semasa sesi pendaftaran
Persiapan untuk memasak ponggal
Acara baru bermula...
Saya bersama Pengerusi PIBG SJK (T) Simpang Morib iaitu En. M. Santhiran menuang susu kedalam periuk
Acara perasmian memasak ponggal oleh Guru Besar SJK (T) Simpang Morib
Semua sedang berusaha meniup api supaya susu cepat mendidih dan melimpah. Jika susu cepat melimpah ini menandakan mereka akan murah rezeki.

Sedikit info atau sejarah PONGGAL ini..

Hari Thaiponggal ini merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan Malaysia. Di Malaysia, perayaan ini disambut  4 hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Acara yang sudah selesai iaitu menganyam Thoranam
Acara Kolam baru bermula iaitu seramai 7 peserta
Baru saya mengetahu bagaimana untuk mewarna beras iaitu dengan menggunakan warna air sahaja, selepas ni boleh kita cuba ya ...

Pelbagai bentuk kolam, pelbagai maksud, pelbagai warna telah dibuat oleh para peserta





Seterusnya acara Memecah Pasu yang dilakukan di padang sekolah
Konsep permainan ini adalah pasu-pasu tersebut akan di gantung di tiang, kemudian peserta yang terlibat perlu menutup mata dengan kain hitam, di beri pemukul seperti kayu hoki atau batang mop, dipusing beberapa kali dan dibiarkan berjalan ke arah pasu-pasu yang di gantung. Kita lihat peserta-peserta tersebut samada mereka dapat memukul pasu atau pergi ke arah lain..



Seronok melihat para penonton bersorak melihat gelagat rakan-rakan mereka...

Terima kasih kepada mereka yang terlibat , sangat seronok dan dapat memberikan kami ilmu pengetahuan mengenai budaya mereka.


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu