Thursday, February 2, 2012

Maulidur Rasul 2012

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Saturday, January 28, 2012

Pertandingan Membuat Roti Sandwich & Ice Blended

Tarikh : 28hb Januari 2012
Hari : Sabtu @ 10.30 pagi
Aktiviti : Pertandingan Membuat Sandwich & Ice Blended
Penyertaan : 16 peserta (DE=2, RE=8,KK=6)

Pertandingan Membuat Sandwich & Ice Blended ini terbahagi kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan di wakili oleh 2 orang sahaja. Kumpulan yang bertanding adalah kumpulan :

1) Puteri Salju ( Pn Zalina & Pn Rasidah)
2) Mr Simple (Zulhisyam & Adzharif)
3) Khai (Khairil & Khairudin)
4) Karl-Fura (Khalida & Safura)
5) Apa-Apa Aje (Haliza & Fazareena)
6) Pola Bear (Elisma Natasha & Elyana Syahira)
7) Dragon Hunter ( Ar Razak & Hakimi)
8) Sweet (Salsabila & Emylia)

Seronok menjayakan pertandingan ini kerana dapat melihat kreativiti dan bakat masakan yang terpendam .

Semasa permulaan pertandingan (bahagian buat sandwich)
bahagian buat Ice Blended
kumpulan Karl-Fura (No 1)
Sedang menyiapkan Roti Sandwich yang enak .... Mak-mak pon ikut serta




Apa lah yang di sembangkan oleh kumpulan Dragon Hunter ni yer


Pembakar Roti

Menyiapkan Milo Tabur Ice Blended

Roti Sandwich yang di buat oleh kumpulan Apa-Apa Aje ... Cantik kan ...? Selera ..


Kumpulan Pola Bear sedang menyiapkan Nescafe Ice Blened
Hasil Kreativiti Kump. Karl-Fura ... semua enak-enak belaka







Juri Pertandingan iaitu saya dan Pn Rohaya
Pelbagai rasa ada ... ada yang tawar, ada yang masin dan ada yang istimewa


ini pula saki baki bahan-bahan pertandingan... leburkan sahaja, makan beramai-ramai
Penyampaian hadiah




Kumpulan Sweet ni adalah peserta terakhir sebab mereka ada program UPSR di sekolah, walaupun dan habis pertandingan tetapi mereka tetap nak masuk sebab dah sediakan bahan-bahan

Memang kreatif walaupon sandwich tu teramat masin, tetapi Ribena Strawberry Ice Blended adalah penawarnya ... tawar .. hehehe
Kumpulan Sweet (Emylia & Salsabilla)

Origami : Tarian Naga

Tarikh : 26 Jan 2012
Hari : Khamis @ 03.00 ptg
Aktiviti : Origami : Tarian Naga
Penyertaan : 7 peserta Remaja

Sempena Tahun Baru Cina pada 24 & 25 Jan 2012, pihak PD PNM Kg Ladang Batu berkesempatan mengadakan aktiviti untuk remaja iaitu Origami : Tarian Naga. Sebenarnya aktiviti ini kami telah lakukan di Tabika KEMAS Kg Batu Laut, tetapi kami bercadang untuk melanjutkan aktiviti ini di perpustakaan pula..

Di antara peserta yang ikut serta ...




Hasil kreatif setiap peserta ...
Ada macam tarian naga tidak ...??

Thursday, January 19, 2012

Kraf Kreatif : Dragon Dancing

Tarikh : 19hb Januari 2012
Hari : Khamis @ 10.00 pg ~ 11.00 pg
Aktiviti : Pinjaman Buku Secara Berkelompok dan Aktiviti Kraf : Dragon Dancing
Penyertaan : 10 peserta KK
Tempat : Tabika KEMAS, Kg Batu Laut

Aktiviti Dragon Dancing ini dipilih adalah sempena sambutan 'Tahun Baru Cina' pada 23 dan 24hb Jan 2012. Alhamdulillah, kanak-kanak begitu teruja untuk melakukannya .. Kami juga menyediakan pinjaman buku secara berkelompok untuk Tbk Batu Laut ini. Sebanyak 52 buah buku untuk kanak-kanak di sediakan supaya kanak-kanak ini dapat membaca dengan baik .




warna cantik-cantik tau adik ...
pelbagai gaya semasa mewarna dragon dancing ni ...
comei nye ...
adik khailisya tak silap .. saya sedang mengajar adik ni menggunting ... pandai pon akhirnya
sedang menggunting ... pandai juga adik ni menggunting ...
melipat ekor naga ...
dekorasi didalam Tbk ...
bersama hasil kreatif kanak-kanak Tabika
Kanak-kanak sedang riang bergembira ..
Mengisi kedatangan di Buku Pelawat
 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting