Tuesday, May 23, 2017

Program Pemeriksaan Kesihatan KOSPEN dan Pameran DASHBOARD

Program Pemeriksaan Kesihatan KOSPEN dan Pameran DASHBOARD ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 yang lalu. Program ini adalah atas kerjasama bersama KOSPEN Kg Batu Laut yang diterajui oleh Pn Junainah Binti Ngattini serta kerjasama dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang yang diterajui oleh Cik Nor Arzian Binti Saeman.

Seramai 70 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada kategori dewasa, remaja dan kanak-kanak. Antara pengisian program ini adalah pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan darah tinggi, kencing manis dan BMI. 

Pameran Dashboard pula adalah taklimat mengenai perkhidmatan Pusat Internet 1 Malaysia, Kg Kundang , fungsi Dashboard serta kempen keahlian.

 Sudut pameran Pusat Internet 1 Malaysia dan Dashboard
 Bersama AJK Perpustakaan iaitu Pn Rasidah
 Sedang membuat  persiapan KOSPEN

 Pemeriksaan sedang dijalankan oleh wakil KOSPEN





 Orang ramai yang berkerumun untuk membuat pemeriksaan kesihatan

 Seronokkan dapat hadiah daripada PI1M heee
 Sedang muat turun portal Dashboard di Play Store untuk dapatkan beg sandang tu ... 
 cenderahati yang diberikan oleh PI1M

Alhamdulillah selesai sudah program yang di rancang bersama AJK PD Kg Ladang Batu. Terima kasih kepada para pengunjung serta ahli PD Kg Ladang Batu yang sudi hadir untuk memeriahkan program kami.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, May 19, 2017

Lawatan Daripada Kanak-kanak JKHEOA Tanjong Sepat

Pada 11 Mei 2017 yang lalu pihak perpustakaan telah menerima kunjungan daripada kanak-kanak serta guru-guru TASKA JKHEOA Kg Tanjong Sepat. Seramai 18 orang kanak-kanak serta 6 orang guru telah menyertai lawatan tersebut.

Antara pengisian lawatan tersebut adalah taklimat mengenai perpustakaan , baca buku, tayangan kisah Sang Kancil dan Sang Buaya, kraf Strawberry dan kraf Watering Can Flower.

 Taklimat mengenai perpustakaan
 Adik-adik sedang memilih dan membaca buku kesukaan masing-masing


 Pn Noreha Sani sedang membaca keratan akhbar yang telah disedaikan di sudut pameran
 Adik-adik sedang membuat kraf Watering Can Flower yang di bantu oleh guru-guru dan petugas perpustakaan



 Hasil kreativiti adik-adik
 Tayangan Sang Kancil dan Sang Buaya

 Aktiviti kraf Strawberry sedang dijalankan




 Hasil kreativiti adik-adik TASKA
 Kenangan bergambar bersama adik-adik dan guru-guru TASKA 
 candid...
 Cenderahati daripada pihak perpustakaan yang disampaikan oleh Pn Noor Hasmayani 
Terima cenderahati daripada Pn Noreha selaku wakil pihak TASKA

Terima kasih kepada adik-adik dan guru-guru yang terlibat, tahun hadapan datang ke perpustakaan lagi ye ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, May 3, 2017

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan Klik Dengan Bijak

Pada 25 April 2017 yang lalu kami telah mengadakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan Klik Dengan Bijak di Sek Keb Batu Laut. Seramai 271 pelajar dan 9 orang guru telah menyertai program ini. Di antara pengisian program ini adalah Promosi Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu dan Promosi Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang. Program ini telah dirasmiskan oleh Guru Besar SK Batu Laut iaitu Tn Hj Mohamad Rosli Bin Azhar.


 Sedang memberi penerangan mengenai perkhidmatan dan lokasi PD Kg Ladang Batu




Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit sedang dilaksanakan tepat jam 11.00 - 11.10 pagi
Selesai program jom baca kami memanggil salah seorang pelajar untuk membuat ulasan buku yang telah di bacanya



Sedang mengadakan kuiz perpustakaan
Pemberian cenderamata berupa sijil dan hamper sumbangan PD Ladang Batu dan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang
 Gambar kenangan bersama guru pusat sumber iaitu Tn Hj Rozli Bin Omar dan Cikgu Azmi
 Lawatan Guru Besar dan Penolong Kanan ke meja pameran PD Ladang Batu
 Bergambar kenangan bersama Guru Besar dan guru-guru yang terlibat sepanjang program
Bersama Cik Nor Arzian dari PI1M Kg Kundang

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan berjaya atas kerjasama guru-guru SK Batu Laut serta para pelajar. Terima kasih juga kepada Nor Arzian dari PI1M Kundang atas kerjasama yang telah di berikan.





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu