Tuesday, May 23, 2017

Program Pemeriksaan Kesihatan KOSPEN dan Pameran DASHBOARD

Program Pemeriksaan Kesihatan KOSPEN dan Pameran DASHBOARD ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 yang lalu. Program ini adalah atas kerjasama bersama KOSPEN Kg Batu Laut yang diterajui oleh Pn Junainah Binti Ngattini serta kerjasama dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang yang diterajui oleh Cik Nor Arzian Binti Saeman.

Seramai 70 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada kategori dewasa, remaja dan kanak-kanak. Antara pengisian program ini adalah pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan darah tinggi, kencing manis dan BMI. 

Pameran Dashboard pula adalah taklimat mengenai perkhidmatan Pusat Internet 1 Malaysia, Kg Kundang , fungsi Dashboard serta kempen keahlian.

 Sudut pameran Pusat Internet 1 Malaysia dan Dashboard
 Bersama AJK Perpustakaan iaitu Pn Rasidah
 Sedang membuat  persiapan KOSPEN

 Pemeriksaan sedang dijalankan oleh wakil KOSPEN





 Orang ramai yang berkerumun untuk membuat pemeriksaan kesihatan

 Seronokkan dapat hadiah daripada PI1M heee
 Sedang muat turun portal Dashboard di Play Store untuk dapatkan beg sandang tu ... 
 cenderahati yang diberikan oleh PI1M

Alhamdulillah selesai sudah program yang di rancang bersama AJK PD Kg Ladang Batu. Terima kasih kepada para pengunjung serta ahli PD Kg Ladang Batu yang sudi hadir untuk memeriahkan program kami.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu