Showing posts with label Galeri. Show all posts
Showing posts with label Galeri. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Si Cilik Yasmin

Assalamualaikum semuanya ... dah baca buku ke belum ni ...? adik-adik kenalah rajin membaca, dengan membaca kita pasti akan berjaya ... In sha Allah. Macam adik kita yang bernama Yasmin Nasuha ni, adik yasmin suka sangat baca buku tau ... itu yang buat kak wawa sayang sangat kat dia, kalau dia datang ke perpustakaan. Selain tu, dia juga suka pinjam buku ... kekadang sekali pinjam sampai 10 buah buku sehari. Adik Yasmin ni akan datang ke perpustakaan apabila ibubapa nya bawa pulang ke kampung. Comel , suka buat aktiviti dan rajin baca buku ... Kak Wawa berdoa moga adik Yasmin akan berjaya dalam apa jua bidang yang akan di ceburi ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, September 25, 2013

Kenangan SPASM - Kontinjen N9

Sebahagian gambar yang diambil ketika menjadi Liaison Officer untuk Kontinjen Negeri Sembilan .... kenangan yang sukar buat saya dan Pn Yus untuk lupakan ...

 22hb September sewaktu hendak hantar mereka ke venue badminton dan futsal
 Di lobby hotel, berkumpul untuk makan malam
 bersama kak Ziela, Pn Yus (LO) dan Amar
 Majlis perasmian
 Bersama Kontinjen Negeri Sembilan
 Cenderahati dari Pn Pengarah PPANS untuk Pn Yusrina

 Di Muara Ikan Bakar Tg Harapan

 Gambar-gambar bawah ni saya ambil dari fb mereka. tQ sesangat pada team kak Ziela yang sudi menyediakan gift untuk kami ...









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, May 11, 2012

Bacaan Surah Yassin dan Tahlil di PPAS





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, February 8, 2012

ESQ

Alhamdulillah diberi peluang untuk mengikut seminar ESQ yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sebenarnya gambar ni dah tersimpan lama didalam folder saya ni. Banyak info, kesedaran tentang ciptaan Allah swt yang saya perolehi, terima kasih kepada penceramah yang diundang. Walaupon dalam loghat Indonesia ia masih boleh di fahami.

 Kenangan saya bersama kak Sannyza, teman sekerja di PD Ladang Batu sebagai Penolong Pegawai.

 Suasana didalam dewan SUK, Shah Alam



Apa yang lebih bermakna adalah saya berkesempatan untuk membeli Al-Qur'Anul Karim ni, Pada masa ini, saya memang tak cukup bawa duit, harganya pula dalam RM200++. Tapi Alhamdulillah, penjual tersebut memberi kepercayaan kepada saya bersama kak Sannyza untuk mengambil dahulu dan bayar kemudahan secara ansuran . 



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Sunday, October 23, 2011

:: Serangan Serangga Di Dlm Perpustakaan # Part 2::

Sekali lagi! ... memang tak boleh tahan kalau macam ni setiap minggu .. Saya terus buat report kepada JKKKK En Awaluddin dan juga Tn Hj Bustamam iaitu Pen Peg Perpustakaan Daerah mengenai semut-semut yang menyerang ini . Perpustakaan terpaksa di tutup pada 17 Okt 2011 kerana kami terpaksa menyembur racun serangga di dalam dan di luar perpustakaan . Apabila Ketua Kampung memeriksa sekeliling perpustakaan barulah dapat cari punca mana datangnya semut-semut yang banyak ini. 1st, berpunca dari dahan kelapa sawit dan dahan pokok nangka di belakang perpustakaan yang terkena bumbung perpustakaan. 2nd , berpunca dari pokok di hadapan perpustakaan, semut-semut itu melalui wayar elektrik dan wayar telefon. Kemudian, Ketua Kampung mengarahkan orang kampung untuk menebang dahan-dahan kelapa sawit dan dahan pokok nangka.


Di hadapan pintu masuk perpustakaan



di rak-rak buku

















semut-semut masuk melalui tingkap

Pn Zalina menyembur ridsect di dinding perpustakaan

Ketua Kampung menyembur racun serangga di luar perpustakaan



Pn Rohaya turut membantu mengemas.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, October 12, 2011

:: Serangan Serangga Di Dlm Perpustakaan ::

Pada 12 Okt 2011, sekali lagi perpustakaan desa Kg Ladang Batu di serang semut yang berwarna hitam . Sepanjang saya bertugas sejak tahun 2009 ini adalah kali kedua perpustakaan kami di serang semut yang berwarna hitam dengan banyak nya ... Kami sedang mencari punca mana datangnya semut-semut ini kerana apabila masuk bertugas semut-semut tersebut sudah mati dan berselerak di atas lantai ...









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu