Showing posts with label Promosi Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Promosi Perpustakaan. Show all posts

Wednesday, May 3, 2017

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan Klik Dengan Bijak

Pada 25 April 2017 yang lalu kami telah mengadakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan Klik Dengan Bijak di Sek Keb Batu Laut. Seramai 271 pelajar dan 9 orang guru telah menyertai program ini. Di antara pengisian program ini adalah Promosi Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu dan Promosi Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang. Program ini telah dirasmiskan oleh Guru Besar SK Batu Laut iaitu Tn Hj Mohamad Rosli Bin Azhar.


 Sedang memberi penerangan mengenai perkhidmatan dan lokasi PD Kg Ladang Batu




Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit sedang dilaksanakan tepat jam 11.00 - 11.10 pagi
Selesai program jom baca kami memanggil salah seorang pelajar untuk membuat ulasan buku yang telah di bacanya



Sedang mengadakan kuiz perpustakaan
Pemberian cenderamata berupa sijil dan hamper sumbangan PD Ladang Batu dan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang
 Gambar kenangan bersama guru pusat sumber iaitu Tn Hj Rozli Bin Omar dan Cikgu Azmi
 Lawatan Guru Besar dan Penolong Kanan ke meja pameran PD Ladang Batu
 Bergambar kenangan bersama Guru Besar dan guru-guru yang terlibat sepanjang program
Bersama Cik Nor Arzian dari PI1M Kg Kundang

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan berjaya atas kerjasama guru-guru SK Batu Laut serta para pelajar. Terima kasih juga kepada Nor Arzian dari PI1M Kundang atas kerjasama yang telah di berikan.





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, April 8, 2016

Promosi Perpustkaan 2016

Assalamualaikum semua, moga sihat dan dirahmati Allah swt. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada tahun ini memerlukan kami untuk membuat Promosi Perpustakaan ke 12 lokasi jabatan kerajaan. Setakat ini kami berjaya membuat promosi ke 9 buah lokasi jabatan kerajaan, antaranya :

1. Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang
2. Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kg Kundang
3. Sek Men Keb Batu Laut
4. Tabika KEMAS Kg Batu Laut
5. Klinik Desa Kg Batu Laut
6. Klinik Desa Kg Kundang
7. Tunas PASTI Kg Kundang
8. Tabika KEMAS Kg Tanjong Sepat
9. PDK Permata Kasih Tanjong Sepat

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar kerana mereka dapat berikan kerjasama kepada kami dengan baik. Promosi perpustakaan ini kami bekerjasama dengan PD Kg Batu Laut iaitu Pn Nazatul Ain dan di temani oleh Penyelia Zon 3 Selangor iaitu Pn Noor Hasmayani Binti Ali.


Di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang bersama petugas iaitu Cik Norarzian dan Cik Noor Farhani
Di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kg Kundang
Bersama Guru Perpustakaan SMK Batu Laut iaitu Cikgu Najwani
Bersama Cikgu Tabika KEMAS Kg Batu Laut iaitu Cikgu Maizatul Akmal bersama murid-murid Tabika
Bersama Jururawat di Klinik Desa Kg Batu Laut
Bersama Jururawat Klinik Desa Kg Kundang
Bersama Ustazah Ayu dan Ust Yani di Tunas PASTI Kg Kundang
Bersama Cikgu Fauziah di Tabika KEMAS Kg Tanjong Sepat
Bersama Cik Razliah Rosdi iaitu Penyelia PDK Permata Kasih , petugas dan pelatih PDK

Terima kasih semuanya, semoga kita akan dapat berkerjasama di dalam aktiviti/program akan datang...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, March 17, 2016

Program Pengenalan E-Library dan PNM Digital (Promosi Perpustakaan)

Alhamdulillah selesai sudah Program Pengenalan E-Library dan PNM Digital yang di anjurkan oleh Perpustakaan Desa Zon 3, Selangor. Program ini dilaksanakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kundang pada 16 Mac 2016 pukul 10.00 pagi hingga 01.00 petang.

Terima kasih kepada petugas PI1M Kg Kundang iaitu Cik Nor Arzian Binti Saeman dan Cik Noor Farhani Binti Nisman kerana sudi menjemput kami untuk yang  melaksanakan program seperti ini.

Sebagai pembukaan program ini kami membuat promosi perpustakaan dahulu kepada para peserta yang terlibat supaya mereka dapat mengenali perpustakaan desa berhampiran mereka. Penerangan mengenai promosi perpustakaan ini adalah berdasarkan persembahan slide yang telah disediakan.

Sesi berkenalan dengan para peserta


Petugas dari PD Batu Laut, Kg Sg Kelambu dan Kg Morib turut serta


Ketika menerangkan segala perkhidmatan dan fungsi perpustakaan desa kepada para peserta






❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Pemplate Promosi Perpustakaan 2016

Ini merupakan pemplate yang PD Kg Ladang Batu gunakan untuk tujuan promosi perpustakaan di jabatan kerajaan pada tahun ini. Semoga dengan promosi perpustakaan ini, perpustakaan desa zon 3, Selangor akan lebih dikenali seterusnya dapat terima lebih ramai pengunjung supaya para pengunjung dapat menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan serta memperolehi ilmu yang bermanfaat, InshaAllah ....


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu