Monday, November 28, 2011

Ulasan Buku : Niaga Online


Buku ini menerangkan cara bagaimana untuk membuat website secara step by step. Bagi mereka yang tiada pengalaman juga boleh menghasilkan sebuah website hanya berpandukan kepada buku 'Niaga Online' ini.

Sinopsis / Ulasan Buku
Ledakan teknologi maklumat telah membawa satu fenomena baru yang melanda masyarakat dunia iaitu berniaga di internet. Melihat kepada kejayaan individu-individu yang berjaya meraih pendapatan lumayan dan mencapai status untuk berjaya seperti mereka. Namun, banyak juga impian yang hanya tinggal angan-angan kerana kekurangan maklumat yang berkaitan dengan cara untuk berniaga di Internet.

Melihatkan keadaan ini, Saliyati Suhaimi terpanggil untuk mengisi kekosongan maklumat tersebut. Maka, lahirlah buku Niaga Online. Buku ini cuba membantu merealisasikan impian sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam perniagaa bentuk baru ini.

Menariknya tentang buku ini, pembaca akan diajar secara langkah demi langkah untuk membuat perniagaan di Internet. Usah khuatir atau beranggapan bahawa buku ini hanya sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berpengetahuan dalam bidang IT sahaja. Yang pasti, buku ini sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa ataupun agama.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu