Saturday, November 19, 2011

Ulasan Buku : Urut Tradisional Melayu Warisan Opah Umi


Sinopsis :
Rawatan urutan tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi dan amat penting terutama bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan terutama dalam kalangan mereka yang sudah mencecah usia 30-an.

Antara manfaat melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekaligus melancarkan perjalanan darah, juga menghilangkan rasa kebas dan lesu. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperoleh tubuh yang lebih sihat, tetapi juga membantu ibu untuk mengekalkan tubuh yang langsing.

Rawatan urutan tradisional bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas seharian penat bekerja yang lazimnya mampu membantu mengurangkan ketegangan.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

1 comments:

dmalikahomespa.blogspot.com.my on October 16, 2014 at 1:51 PM said...

di mana bleh dapat kan buku ni ye

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu