Tarikh : 26hb Nov 2011
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pg
Aktiviti : Kraf Kreatif : Cat And Fish Sponge
Penyertaan : 12 penyertaan kanak-kanak
Kraf Kreatif kali ini adalah hasil idea dari Pn Rohaya, saya pon tidak berapa pasti nak namakan apa, kemudian saya memutuskan untuk menamakan sebagai Cat And Fish Sponge kerana objek-objek tersebut di perbuat daripada span basuh pinggan, kemudian diikat dengan benang, maka terhasillah bentuk kucing dan ikan. Semua peserta teruja untuk menyertainya kerana selain mudah dan menyertainya, malah bentuk-bentuk kucing dan ikan tersebut teramatlah 'cute'...
Pn Rohaya menunjukkan cara-cara nak membentuk dan mengikat benang untuk dijadikan seperti seekor kucing
Setiap peserta memberikan sepenuh perhatian ... teruja sungguh mereka ni ..
sibuk dengan kraf masing-masing ...
peserta kecil turut terlibat
mana yang agak-agak kurang faham boleh rujuk semula pada Pn Rohaya
Syamimi menunjukkan hasil beliau ...
dah siap pon khairil punya cute cat ...
Ain dan Syamimi sibuk menyusun mata-mata, misai dan hidung kucing ...
macam ni laa leyana ... kata ain pada leyana
tadaaaa! siap pon cat sponge kami ...
ini pula fish sponge kami ...!
hasil kreatif setiap peserta ..
cute tak kawan-kawan ...?
0 comments:
Post a Comment