Wednesday, June 5, 2013

Kraf Apron Untuk Hari Bapa

Assalamualaikum semua .... dengan harapan semuanya yang membaca entri akan sihat sentiasa. Kalau bulan Mei merupakan Hari Ibu, bulan Jun pula merupakan Hari Bapa. Kali ini kami telah berjaya melaksanakan aktiviti kraf berbentuk Apron Untuk Hari Bapa. Haaa kalau bapa-bapa anda seorang tukang masak boleh laa buat kraf ini, cantik tau.

Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah diperolehi seperti kertas warna, kertas hadiah, kertas manilakad, gunting, gam, reben dan beberapa template seperti senduk dan sudip. 

Pada 04 Jun 2013 kami melaksanakan aktiviti ini dengan disertai seramai 8 peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.

 Yasmin dan Iza yang cooomeeeiiiii ...
 Akeem siap posing

 Apakah yang difikirkan oleh Taqiuddin tu ye ...?
Masing-masing sedang berusaha menyiapkan tugasan
Inilah hasil kreativiti anak-anak yang cooomeiii tadi ... cantik kan ...?




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu