Friday, December 14, 2012

❥ LSB: Muzium PDRM

Selepas berkunjung ke Planeterium Negara, perjalanan kami diteruskan pula ke Muzium PDRM. Muzium ini tidak jauh dari Planeterium Negara, kalau anda hendak berjalan kaki pon ok juga. Sebenarnya apabila saya amati kawasan ini, rupa-rupanya Tasik Perdana, Muzium Negara, Planeterium Negara, Taman Burung, Muzium PDRM dan beberapa tempat menarik sebenarnya berada dalam satu kawasan. Memang sesuai sangat untuk membuat LSB bagi pelajar-pelajar sekolah.

Didalam Muzium PDRM ini adalah DI LARANG untuk mengambil gambar. Perhatian tau untuk semua, tapi rugi juga tak dapat ambil gambar sebab semua koleksi didalam Muzium ini memang menarik. Sesuai dikunjungi oleh semua pihak terutama kepada pelajar-pelajar. Sebelum membuat lawatan saya sudah telefon dahulu dan mereka bersetuju untuk membuat tayangan mengenai sejarah awal polis. Banyak senjata-senjata yang digunakan oleh penjenayah dan polis turut dipamerkan. 

 Norliza dari PD Kg Sg Kelambu sedang mendaftar masuk.
Pintu masuk Muzium PDRM


 bakal Pahlawan Negara ni .. hehe







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu