Saturday, September 14, 2013

Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia ke-20

MENGENAI KAMI:

Pesta Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) merupakan satu kejohanan sukan yang diadakan setiap 2 tahun sekali diadakan bermula sejak 1984 di antara semua Perpustakaan Awam Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Kali terakhir Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini pada tahun 1988. Setelah sekian lama, PPAS telah dipilih untuk menjadi tuan rumah mengikut giliran bagi kejohanan kali ke-20. Tagline SPASM ke-20 ialah "Bersatu Memacu Legasi".
Objektif penganjuran SPASM ke-20 adalah seperti berikut :
  1. Penganjuran sukan ini adalah seiring dengan usaha kerajaan negeri bagi  pembudayaan SPIES terutamanya dikalangan kakitangan awam, yang akan melibatkan aspek spiritual, physical, intellectual, emotional dan social.
  2. Kakitangan PPAS akan memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap acara sukan disamping menjadi contoh dengan menunjukkan keterampilan mulia dan sifat-sifat keihsanan hasil dari pembudayaan SPIES di jabatan.
  3. Menyediakan platform untuk perkongsian ilmu pengetahuan di antara kakitangan perpustakaan dari pelbagai gred dan bidang kerja, dari semua perpustakaan awam di Malaysia.
  4. Mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan perpustakaan awam negeri-negeri bagi memupuk semangat kekitaan dalam kerjasama memajukan institusi maklumat dan perpustakaan di Malaysia melalui kesukanan

Tarikh, Lokasi dan Penyertaan :
Tarikh : 20-23 September 2013 (Jumaat – Isnin)
Masa : Sila Rujuk Jadual Perlawanan Di Sini
Lokasi Majlis Perasmian : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Majlis Penutup : Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam
Penyertaan :  13 Kontinjen dari perpustakaan awam seluruh Malaysia
Jumlah Atlit seramai 718 orang

Sesuai dengan konsep PPAS yang mengamalkan “Healthy Body, Healthy Mind”, penganjuran Seminar dan Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia Kali Ke-20 ini adalah ibarat peluang untuk mempraktikkan slogan tersebut pada skala yang lebih besar. Apatah lagi kali terakhir PPAS menjadi tuan rumah bagi program ini ialah pada tahun 1988.
"BERSATU MEMACU LEGASI"




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu