Aktiviti kali ini adalah Lawatan Sambil Belajar iaitu Lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dan Taman Botani Negara Shah Alam. Lawatan ini adalah gabungan dari 4 buah perpustakaan desa PNM Zon 3 iaitu PD PNM Kg Ladang Batu, PD PNM Kg Batu Laut, PD PNM Kg Morib dan PD PNM Kg Sg Kelambu.
Setiap perpustakaan harus menghantar 20 peserta iaitu Ahli Perpustakaan yang sering membuat aktiviti dan membuat pinjaman buku. Kami menyewa 2 buah bas sahaja iaitu 1 bas gabungan dari PD Kg Batu Laut dan PD Kg Ladang Batu, manakala sebuah bas lagi adalah gabungan dari PD Kg Morib dan PD Sg Kelambu.
Muzium Sultan Alam Shah
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam
0 comments:
Post a Comment