Saturday, December 17, 2011

LSB : Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Muzium Sultan Alam Shah dipilih sebagai salah satu acara lawatan kali ini adalah kerana untuk memperkenalkan sejarah kepada setiap peserta tentang negeri Selangor. Bagaimana asal usul Negeri Selangor di beri nama, asal usul Sultan-Sultan Selangor, sejarah pemerintahan dan segala khazanah yang terdapat di negeri Selangor. Walaupun saya adalah anak jati Selangor inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di Muzium Sultan Alam Shah ini. Memang teruja kerana hiasan dalaman Muzium ini begitu berbeza dengan muzium yang lain, begitu indah dan selesa untuk di lawati .

Rumah Contoh Negeri Selangor
Pedang Samurai yang di gunakan semasa Zaman Pemerintahan Jepun untuk memancung kepala pesalah
Panjang betul basikal ini... saya lupa untuk apa digunakan basikal ini, tapi yang pastinya ini adalah salah sebuah pengangkutan semasa zaman pemerintahan Jepun.
Pencak Silat : Suasanan Pencak Silat
Bila di lihat hiasan rumah ini, memang serupa dengan kehidupan desa negeri Selangor suatu ketika dahulu..
Kupu-kupu / Rama-rama yang di awet yang di temui di negeri Selangor
Buaya Tembaga yang di awet, buaya ini pernah menggemparkan negeri Selangor pada suatu ketika dahulu, di temui di Puchong, Selangor.
Suasana di luar muzium, apabila hendak keluar anda perlu melalui laluan ini, jalan di tepi tasik Shah Alam...
Para peserta sedang bermain congkak gergasi
Syamimi dan Emylia bergambar ikut karakter masing-masing
Khusairi dan Salsabilla
Dam Ular Gergasi ...

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu