Thursday, July 5, 2018

Persiapan Program Semarak Aidilfitri

Pada 22 Jun 2018 kami telah merancang untuk mengadakan Program Semarak Aidilfitri di PD Kg Ladang Batu. Satu mesyuarat kecil bersama AJK PD telah diadakan pada 08.06.2018. Kami memutuskan untuk mengadakan program tersebut dengan ingin mohon sumbangan seperti :
Nasi Himpit + Kuah Kacang : JKKK
Rendang Ayam + Bihun Sup : Duit PD
Pot Luck : AJK

kami juga ingin memohon sumbangan sebalang biskut / jajan / asam / kerepek kepada pengunjung perpustakaan

Didalam mesyuarat tersebut juga kami mohon kepada AJK supaya dapat bantu kami dalam membuat persiapan program tersebut.


 gotong-royong menganyam ketupat
 gotong-royong membersihkan laman perpustakaan dan memasang pelita panjut
 gotong-royong membuat backdrop
 Iklan jemputan ke program tersebut

 bergambar berlatar belakangkan backdrop yang kami telah setuju dan buat bersama-sama hasil copy paste di google dan diolah sedikit, heeee
 asyik backdrop rumah je kan, tahun ni kita try buat ketupat gergasi pulak ... jenuh menganyam!
persiapan di awal program ...

Alhamdulillah, selesai mengemas dan deko ... moga ramai lah pengunjung yang datang, kalau tak macam mana nak capai target statistik pengunjung ni nanti, heee



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu