Saturday, November 24, 2012

✿ Program Bubur Asyura

Lanjutan daripada Program Bacaan Surah Yassin dan Tazkirah Awal Muharram itu, Ustazah Rokiah ada mengatakan bahawa kita boleh mengadakan jamuan atau membuat Bubur Asyura sebagai simbolik kepada Awal Muharam tersebut. Seelok-eloknya adalah pada 10 Muharram. Oleh itu, kami bersepakat untuk mengadakan program tersebut pada 24hb November 2012 dan disertai oleh seramai 21 orang peserta termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Dengan menggunakan sedikit duit aktiviti yang diberikan oleh pihak pengurusan , kami dapat menjalankan aktiviti ini dengan lancar. Kami hanya meminta sumbangan secupak beras kepada para pengunjung untuk membuat bubur, manakala bahan-bahan masakan kami sediakan.


 
persediaan untuk membuat bubur asyura
 
panaskan kuali dahulu untuk menggoreng tauhu, ayam, kacang tanah dan bawang goreng
Pn Rohaya yang ditugaskan untuk menggoreng bahan-bahan yang diperlukan 
sedang menyiat ayam goreng untuk dijadikan bahan hiasan bubur asyura
 sessi gotong-royong


sessi menumis bawang besar dan bawang putih

bubur asyura yang hampir siap

nampak macam sedap ..? heee memang sedap pon alhamdulillah
tenaga atau tukang masak bubur asyura
sudah siap masak, masa untuk menghidangkan kepada pengunjung perpustakaan

saya memberi sedikit tazkirah mengenai pengertian dan simbolik bubur asyura ini kepada pengunjung perpustakaan






sedang membuat bungkusan untuk diberi kepada orang kampung, alhamdulillah cukup untuk 1 kampung



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu