Tuesday, October 18, 2016

Senamrobik dan Sukaneka Sempena Hari Sukan Negara 2016

Selesai aktiviti larian dan senamrobik di TASKA JHEOA kami sambung pula bersenamrobik dan bersukaneka di perpustakaan pada pukul 03.00 petang. Kali ini kami berkolaborasi bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kg Kundang. Walaupon merancang last minute, Alhamdulillah kami dapat menjayakan aktiviti Hari Sukan Negara ini di Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu.

Aktiviti pertama adalah Senamrobik di halaman PD oleh tenaga pengajar Pn Norazizah serta Cik Nor Arzian dari PI1M Kg Kundang. Para peserta semua terhibur walaupun pada mulanya malu-malu juga lebih-lebih peserta lelaki heeee ...







 Selesai senamrobik kami melaksanakan aktiviti sukaneka pula, antara aktiviti yang dijalankan adalah :-
1 : Belon Oh Belon
2 : Cari Getah Dalam Tepung Guna Straw
3 : Pass Getah Guna Straw
4 : Keretapi Buta
5 : Kereta Sorong
6 : Leret Bola Golf (Tabika)
7 : Cari Gula-gula Dalam Tepung (Tabika)

 Pembahagian kumpulan, sebanyak 4 kumpulan telah di pilih dan mereka namakan kumpulan tersebut berdasarkan jenama kereta antaranya Lamborghini, Ferrari, Ducati Duron dan Porsche

Warming Up dahulu ye adik-adik heeee

 Acara pertama : Belon Oh Belon

Cara permainan : 
Setiap kumpulan di wakili 2 peserta dan belon tersebut di letakkan (kepit) di belakang badan masing-masing serta tangan berpaut di antara satu sama lain. Buat pusingan U sehingga ke garisan permulaan dan pass kepada peserta seterusnya sehingga habis




 Acara kedua : Cari Getah Dalam Tepung Guna Straw

Cara Permainan :
Gelang getah di letakkan di dalam tepung gandum secara berselerakan. Setiap peserta perlu mengambil gelang tersebut menggunakan straw yang telah di sediakan. Ambil gelang getah tersebut seberapa banyak yang dapat kemudian letak di tempat yang telah disediakan. Acara ini dilaksanakan selama 3 minit, getah gelang paling banyak akan dikira sebagai pemenang





 Semasa peserta lelaki sedang menunaikan solat Asar di masjid sebelah PD kami meneruskan aktiviti bersama kanak-kanak Tabika seramai 6 orang iaitu acara pertama : Leret Bola Golf


 Acara Ketiga : Pass Getah Guna Straw

Cara permainan : Setiap peserta akan diberikan sebatang straw dan diletakkan ke dalam mulut. Kemudian, buat barisan panjang dengan jarak selangkah antara peserta. setiap kumpulan hanya diberikan 1 gelang getah sahaja. Pass gelang getah tersebut menggunakan straw yang telah di letakkan ke dalam mulut sehingga ke peserta terakhir.


 Acara Keempat : Keretapi Buta

Cara permainan : Lima peserta yang berada di barisan hadapan ditutup mata menggunakan kain hitam. 


 Acara kelima : Kereta Sorong


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang iaitu Cik Nor Arzian dan Noor Farhani Nisman serta Cik Saleha Samingan dari PAKK Kg Kundang kerana sudi JV dengan kami...

Next time kita jv lagi ye, heeee


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu