Monday, October 17, 2016

Hari Sukan Negara 2016 @ TASKA JHEOA Kg Tg. Sepat

 Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa pada setiap tahun MINGGU KEDUA di bulan OKTOBER akan di adakan HARI SUKAN NEGARA. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia dan juga jabatan-jabatan kerajaan wajib menjayakan program tersebut. Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk menjadikan rakyat Malaysia kekal cergas dan sihat dengan mengamalkan senaman sebagai rutin harian.

Pada 08.10.2016 yang lalu, pihak perpustakaan telah berkolaborasi bersama TASKA dan TABIKA KEMAS JHEOA Kg Tanjong Sepat serta TABIKA KEMAS Kg Batu Laut untuk mengadakan Larian Hari Sukan Negara dan juga Senamrobik di TASKA JHEOA Kg Tanjong Sepat.

Seramai 49 peserta termasuk kanak-kanak Tabika dan Ibubapa telah menyertai program tersebut. Alhamdulillah program ini dapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak dan Ibubapa. Mereka amat gembira dan seronok dapat menjayakan larian dan senamrobik ini.

Semoga program ini akan mendapat manfaat untuk semua peserta yang telah menyertainya termasuk kami sendiri, betapa pentingnya senaman di dalam kehidupan seharian kita. 


Semua peserta berkumpul di hadapan TASKA pada jam 7.45 pagi
Warming up dahulu sebelum memulakan acara larian


Para peserta mula berlari dari TASKA sampai ke pintu gerbang

Membuat pusingan U



Para peserta bersedia pula untuk acara senamrobik


Alhamdulillah seronok, lama tak bersenam heeee

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pendidik Taska & Tabika KEMAS JHEOA Kg Tanjong Sepat serta Tabika Kg Batu Laut kerana sudi berkolaborasi bersama kami


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu