Program Memasak Bubur Asyura, Selawat dan Tahlil 2016 telah diadakan di Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu pada 22 Oktober 2016. Program ini adalah anjuran bersama JKKKN Kg Ladang Batu, PD Zon 3 Selangor, AJK PD Kg Ladang Batu dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kundang. Tujuan pihak perpustakaan mengadakan program seperti ini adalah untuk meraikan kedatangan bulan Muharram juga untuk mengeratkan tali silaturahim bersama penduduk setempat.
Sebelum program ini dilaksanakan satu (1) mesyuarat telah diadakan bersama AJK PD Kg Ladang Batu. Di dalam mesyuarat tersebut kami bersetuju untuk mengadakan memasak Bubur Asyura dan Nasi Keluban bersama penduduk kampung yang akan diadakan secara bergotong-royong. Bahan-bahan untuk memasak bubur dan nasi keluban tersebut adalah atas sumbangan dari Pengerusi JKKKN Kg Ladang Batu iaitu Tn Hj Awalludin Bin Sarjuni sebanyak RM 250.00, sumbangan dari AJK PD Kg Ladang Batu, sumbangan dari PD Zon 3 Selangor serta sumbangan dari PI1M Kg Kundang. Alhamdulillah syukur kepada yang memberi sumbangan.
Seramai 96 pengunjung datang ke program tersebut dari mula sampai ke akhirnya, terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir bagi memeriahkan program ini. Sebenarnya banyak lagi pengisian di dalam program ini terutama kanak-kanak... kami telah mengadakan pertandingan mewarna, kuiz maal hijrah dan sebagainya.
Untuk kenduri tahlil pula, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada yang memberi sumbangan makanan. Caranya sesiapa yang hendak mengirim nama arwah, mereka akan memberi sumbangan dalam bentuk makanan.
Sesi pendaftaran
Meja pendaftaran
Memasak bihun goreng untuk sarapan pagi
Sarapan dahulu sebelum memulakan sesi gotong-royong penyediaan bahan masakan
Penduduk kampung yang hadir di jemput untuk bantu memasak
Sesi gotong-royong penyediaan bahan masakan
Sambil gotong-royong (rewang) boleh sembang-sembang kan, itulah tujuan program ini di adakan
Ketua Masak iaitu Hjh Imah
Sesi memasak bubur asyura versi Selangor
Terhangit pula bubur nasi nya ... petua untuk mengelakkan bau hangit letak cili kering, memang tiada bau semasa makan bubur asyura ni...
Memasak nasi untuk penyediaan Nasi Keluban
Selesai memasak Bubur Asyura, letak ke dalam mangkuk pula untuk diberikan kepada pengunjung perpustakaan dan orang kampung
Barisan kakitangan Zon 3 Selangor sedang membantu
Bubur Asyura yang sudah siap di bekaskan
Nampak sedap bukan ..? heeee
Inilah rupa bubur asyura kami, kacang goreng lupa letak
Sesi penyediaan Nasi Keluban pula. Ini adalah sesi petang
Inilah hasilnya Nasi Keluban
Selesai semua, ada baki makanan kami bungkus untuk mereka yang bantu gotong-royong
Kenduri tahlil pula
Selawat Nabi selesai tahlil
Sesi makan Nasi Keluban di dalam dulang selesai tahlil dan selawat
Jom makan
Seronok makan dalam dulang dengan orang kampung, lagi sedap heee
Selesai semua sembang-sembang dahulu sebelum pulang
Alhamdulillah selesai semua dengan jayanya. Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada bibik-bibik (makcik), paman-paman (pakcik), wak-wak (lebih tua) yang sudi rewang (gotong-royong) dalam penyediaan Bubur Asyura dan Nasi Keluban...
Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang, banyak makanan yang kami terima semua sedap-sedap ... InshaAllah andai ada rezeki tahun hadapan kita buat lagi ye , heeee
0 comments:
Post a Comment