Assalamualaikum semua pengunjung yang sudi mengunjungi blog PD Ladang Batu ini. Maaf late post pasal Mini Karnival Perpustakaan Dihatiku yang berlangsung pada bulan Disember 2015 yang lalu. Harap maklum, bertugas di perpustakaan desa bukanlah semudah yang disangka, sebenarnya banyak tugasan kami yang umum tidak ketahui, :D
Aktiviti yang kami laksanakan kali ini adalah Pertandingan Jelajah Perpustakaan Siri 2 pada 15 Disember 2015. Pertandingan ini disertai oleh 21 orang peserta terdiri daripada remaja dan kanak-kanak. Alhamdulillah pertandingan ini dapat sambutan yang menggalakkan dari ahli perpustakaan.
Banyak klu-klu yang perlu mereka selesaikan bersama ahli kumpulan. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan #kipidap, #dongibab, #ohsem. Ahli kumpulan dipilih berdasarkan cabutan undian.
Stesen A dimana mereka perlu gigit kulit bawang putih sehingga bersih
Stesen B di mana mereka perlu mengisi air di dalam botol menggunakan sudu plastik
Stesen C pula adalah mereka perlu membuat belon air menggunakan bebulu dawai dan air sabun yang telah disediakan
Stesen D pula mereka perlu makan buah epal yang diikat menggunakan tali.
Para peserta sedang mencabut kertas undian untuk menentukan di mana kumpulan mereka
Setiap ahli kumpulan perlu melantik seorang ketua. Mereka sedang menulis nama kumpulan dan ahli kumpulan di dalam kertas yang disediakan. Oh ya, ketua kumpulan perlu memegang sebiji telur mentah, telur tersebut perlu diserahkan di akhir tugasan. Jika pecah, kumpulan tersebut gagal.
Danial pun nak masuk juga, teruja betul nak masuk pertandingan, oleh itu saya jadikan dia sebagai 'Anak Bawang' je ... (tukang sibuk) heee
Misi mencari!!!
Misi seterusnya setiap kumpulan kena buat 2 jenis origami
Misi mencari klu di luar perpustakaan
Misi selesaikan kupas bawang putih guna gigi ...
Comeiiiinya muka khusairi ni kan? heee
Isma
Iwana dan mimi membaca dan memahami klu seterusnya
Masukkan air dalam botol guna sudu, yang ni jenuh ... heee
kena penuhkan botol ni ye adik-adik
Kena beratur macam ni, kalau berebut-rebut memang tak dapat apa kan..?
Misi mencari klu di balai raya
Seterusnya kena makan buah epal yang di gantung, tangan berikat
Sebenarnya banyak lagi misi yang mereka kena selesaikan, tapi kamera habis bateri pula ... sayang 1000x sayang, heeee ... Kami harap mereka dapat berpuas hati dan dapat ilmu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu misi...
0 comments:
Post a Comment