Wednesday, April 6, 2016

Mini Sukaneka

Assalamualaikum, late post lagiiii ... sorry ye semua, heeee ... Mini Sukaneka ni dilaksakan pada 16hb Disember 2015 sempena Mini Karnival Perpustakaan Di Hatiku. Alhamdulillah ramai yang nak menyertainya termasuk golongan remaja dan kanak-kanak. Pertandingan ini di bahagikan kepada 3 kumpulan sahaja dan setiap kumpulan mempunyai 12 peserta. Setiap tahun perpustakaan akan mengadakan mini sukaneka apabila tiba hujung tahun, sebab aktiviti ini mendapat sambutan dan permintaan. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mengenali jiran sekampung dan mengeratkan tali silaturahim . 

 
Pembahagian kumpulan
Sebelum acara dimulakan
Haffiz sedang menyediakan buih sabun untuk di letakkan di plastik
Inilah cabaran yang terpaksa mereka lalui
Acara pertama : Lari bawa tali skipping berganti-ganti
tengok, kan ada yang terjatuh heee
Wow tingginya melompat! hebaaat
Acara kedua : Golek tayar motor berganti-ganti

Acara ketiga (romantik) : Lari berpasangan memakai kain batik

sampai ada yang terjatuh ...
peserta perempuan paling sopan, heeee Madihah dan Aisyah
Acara keempat : Pusing 360 darjah

Sampai ada yang tergolek-golek sebab pening ...
Acara kelima : Isi Botol Guna Span
Cabarannya terpaksa pas span basuh pinggan bawah kelangkang





Acara terakhir : Barisan terpanjang
untuk aktiviti ini, mereka perlu membuat barisan terpanjang dengan menggunakan benda yang ada pada diri sendiri, tapi yang perempuan di larang membuka tudung



Barisan mana paling panjang?? saya pun dah lupa ...

Mini sukaneka kali ini memang happening ... semua seronok, yang penting bukan hadiah yang di cari heeee



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu