Wednesday, February 3, 2016

Pinjaman Buku Berkelompok di PAKK Kg Kundang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung yang sudi singgah ke blog PD Ladang Batu ni. Baru-baru ini pihak perpustakaan telah mengadakan program Pinjaman Buku Berkelompok usahasama dengan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kg Kundang (PAKK). Sebanyak 730 buah buku telah di bekalkan kepada mereka sebagai pinjaman.

Buku yang kami bekalkan merupakan buku-buku lama dan tidak dipinjam lagi, juga buku-buku yang banyak salinan. PAKK dipilih kerana mereka sudah menyediakan mini perpustakaan untuk kemudahan komuniti setempat. Diharap buku yang dibekalkan akan memberi manfaat kepada mereka.

bergambar dahulu sebelum pergi ke PAKK
Minta bantuan abang untuk menghantar buku-buku tersebut menggunakan lori.
Mula menyusun buku-buku yang dibekalkan ke dalam rak-rak buku yang telah di sediakan mengikut kategori.
Buku yang telah di susun.
Mini Perpustakaan di PAKK Kg Kundang
Pn Rohaya bersama Cik Saliha iaitu petugas PAKK Kg Kundang
Bergambar bersama Cik Saliha sebelum pulang.




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu