Wednesday, February 3, 2016

Pinjaman Berkelompok di PDK Permata Kasih

Alhamdulillah hari ini kami berkesempatan hantar buku sebanyak 245 buah ke PDK Permata Kasih Tanjung Sepat. Semoga buku yang kami bekalkan kepada para pelatih di sini akan memberi manfaat kepada mereka disamping mendapat ilmu yang berguna. Seronok kami berada disini kerana mendapat layanan yang baik dari petugas dan pelatih. Banyak yang boleh diambil ikhtibar sebab mereka mampu membuat kerja-kerja yang kadang-kadang kita yang sempurna pon mungkin tidak mampu untuk buat. Tahniah kepada petugas sebab mampu melatih mereka dengan tahap kesabaran yang tinggi.

Buku berkelompok yang kami bekalkan sebanyak 245 buah
Perbincangan bersama penyelia PDK iaitu Pn Razliah Binti Sairan
Mengisi buku lawatan
Cenderahati kepada petugas
Cenderahati daripada penyelia PDK Permata Kasih
Cenderahati kami berupa kalendar 2016 , Doa Harian dan Tasbih
Para pelatih PDK sedang menyiapkan tugas masing-masing
Buah tangan untuk adik-adik pelatih PDK
Pemberian roti semasa sarapan pagi

Kami setelah selesai tugasan.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu